Saturday, June 30, 2012

Sambal Petai Ikan Tongkol

Balik dari kenduri mama terus prepare untuk masak for dinner. Simple jer lauk malam ni, sambal ikan tongkol with petai. Semalam papa ada beli 5 tangkai petai kat pasar malam yang beharga RM5. 2 tangkai mama guna untuk buat sambal ikan tongkol ni. Lagi 3 tangkai simpan untuk masak esok plak.

Bahan - bahan :
1 ekor ikan tongkol
2 sudu cili kisar
2 papan petai, ambik isinya
1/2 cawan jus asam jawa
1 biji bawang besar* 
5 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inch halia* 
Kunyit
Garam dan gula secukup rasa
(*dikisar halus)

Cara - cara :
Perapkan ikan tongkol dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum.
Masuk cili kisar dan tumis hingga garing. 
Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan gula.
Tambah petai dan ikan tongkol yang digoreng tadi.
Kacau dan masak hingga pekat.

Pelengkap hidangan dinner kami malam ni adalah kailan goreng. Resepinya boleh refer kat SINI.

Wedding Maznah

After breakfast, kami ke county homes, Rawang untuk menghadiri majlis perkahwinan maznah. Maznah ni anak kepada kak na, sepupu mek. Kiranya dia ni dua pupu la dengan mama.

Mama dah janji dengan mak long untuk konvoi ke majlis tu sebab mak long tak tau tempatnya. Mama plak memang familiar kat sana sebab dah 2, 3 kali pergi umah kak na. So janjilah jumpa kat petronas before Aeon Jusco Rawang yang baru buka tu. Then kami konvoi kesana (cam la jauh sangat. padahal dekat jer).

Sampai-sampai jer terus makan. Haruslah sebab perut dah lapar balik. Pagi tadi breakfast makan roti croissant jer. Lauk kenduri haruslah ada nasi minyak, ayam masak merah, daging rendah yang sumpah sedap gila, acar buah, bubur, oren dan macam-macam lagilah. Dan yang specialnya, tapai import dari Kelantan.

On da way datang tadi Rayyans tidur dalam kereta. Bila sampai tu diorang still mamai-mamai, so langsung takmo makan nasi. Sib baiklah ada coklat cupcake yang diorang suka makan.

Hazim mulut dah muncung itik dah tunggu papa suap lambat sangat. Mata tu dok jeling kat coklat kek jer. Haishhhh..apa la papa ni. Sembang sampai lupa nak suap anak.

Bila dah 'isi minyak', mula cergas semacam. Tak larat mama nak kejar diorang. Sib baiklah ada kakak amirah n ayunie yang tolong tengokkan si kembar berdua.

Kali ni attend kenduri takde gambar pengantin. Sebab pengantinnya sibuk bergambar dengan kawan-kawan jer. Pas makan dan lepak-lepak sembang dengan sedara mara, kami minta diri pulang. Tapi tak terus balik rumah, melencong ke Jusco dulu.

Mihun Goreng

Selain Tuna Croissant Sandwich, mama juga gorengkan mihun untuk Rayyans. Memang sengaja masak lebih sikit sebab angah ada kat rumah kami wiken ni. Tengahari ni kami nak keluar gi kenduri kahwin. So kalau angah lapar, bolehlah makan mihun ni jer dulu.

Bahan - bahan :
1/2 paket mihun - rendam hingga lembut
200 gm udang
200 gm kangkung
1 sudu cili kisar
sedikit kicap masin
sedikit kicap manisAir

Bahan Kisar :
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara - cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan cili kisar sehingga wangi.
Masukan udang dan kacau rata. 
Bila nampak masak masukkan kicap masin, kicap manis dan air. 
Masukkan bihun dan kacau rata 
Bila nampak bihun lembut masukkan kangkung.
Gaulkan rata sehingga bihun lembut.

Tuna Croissant Sandwich

After lunch kat B'yyu Patisserie kat Space U8 semalam, gegurl-gegurl semua cuci mata. Tengah-tengah cuci mata, kaki melangkah masuk ke kedai Bread & Batter. Mmmm..apalagi haruslah beli roti croissant ni untuk breakfast di pagi ini.

Bahan - bahan :
3 ketul roti croissant - belah tengah jangan sampai putus
1 tin tuna
2 sudu mayonis
Lada sulah 
Sos cili
Hirisan tomato
Daun salad secukupnya

Cara - cara :
Tuna dipanaskan terlebih dahulu. 
Kemudian campur dengan mayonis dan lada sulah. Gaul sebati.
Susun daun salad kat atas roti kemudian diikuti dengan tuna.
Layer dengan mayonis dan sos cili. Kemudian letak tomato.
Tutup balik roti tu...hidangkan.

Friday, June 29, 2012

B'yyu Patisserie

Semalam dah makan western food. Hari ni makan western food lagik. Kali ni lunch date dengan girlfrens plak. Papa tak join sebab gi semayang jumaat. Restoran B'yyu Patisserie ni terletak kat dalam Space U8. Tiap-tiap hari pergi balik kerja nampak signboard kedai ni dari luar. Kalau tengokkan konsepnya, ala-ala english style. Hati makin tak keruan bila usha dari jauh jer.

So hari ni mama n girlfrens sepakat nak buat 'site visit' kat restoran ni. Memang betul la tekaan, restoran ni berkonsepkan english style. Mama yang memang pencinta english style ni suka yang amatlah tengok deco kat dalam restoran. Dalam hati ada taman, dalam B'yyu Patisserie ada taman bunga.

Gambar kat atas ni adalah ruang dapur. Kat dinding restoran penuh dengan deko inggeris. Me like it very much. Mama teringin gak nak penuhkan dinding kat rumah dengan perhiasan inggeris ni. Tapi bila memikirkan anak bujang yang tengah lasak, dipendamkan jer la cita-cita tu.

Mama berkenan sangat dengan display cabinet nun kat hujung sana. Kalaulah mama dapat memiliki seketul untuk display pinggan mangkuk roses mama tu umpama mimpi jadi kenyataan. Ada sesapa nak tolong printkan gambar ni bagi kat laki ai?? Anyone??

Asyik dok cerita pasal deko jer sampai terlupa plak tujuan asal nak menjamu selera. Ni buku menunya. Comel jer kan.

Sebelum rambang mata tengok menu, kita pose gedik dulu. Haruslah posing sakan, pasni entah bila lagi kaki nak melangkah masuk ke restoran cantik ni.

Menu yang ada kat sini opkozlah bermacam western food. Tapi bila tengok harganya agak mahal kalau nak dibandingkan dengan restoran-restoran lain kat sini. 

Tapi kami pejam sebelah matalah sebab nak mencuba makanannya. Kalau sedap tak ralatlah belanja lebih tapi kalau tak sedap ni yang pertama dan terakhirlah jawabnya.

Setiap hari jumaat ada menu 'Friday Special' selain dari makanan yang ada dalam menu tu. Kali ni friday specialnya adalah set nasi dagang + bubur kacang hitam + sirap selasih. Menu Friday special tu ada tertulis kat kertas bulat kaler merah tu.  
  
Aunty Tasya order set nasi dagang. Harga set ni RM20. Mahal tak? Pada mama harganya agak mahal untuk sepinggan nasi dagang berlaukkan kari ayam dan segelas sirap selasih.

Yelah, mama kan orang kelantan. Memang nasi dagang ni dah jadi darah daging mama la. Kalau kat kampung berapa jer harga sebungkus nasi dagang ni. Tapi bila dah dikomersialkan, harganya berlipat kali ganda.

Kak Hanim plak order fish n chip...John Dory fish deep-fried till golden brown with crispy fries and homemade lime mayonnaise. Harga set ni adalah RM 20.50. 

Dory fishnya sedap sebab takde rasa hanyir. Mama pernah terkena sebelum ni makan ikan tu still ada rasa hanyir. Terus tak selera nak makan. Bila cicah dengan mayonis tu lagilah sedap. Tapi mayonisnya sikit sangat. Kak Hanim kena mintak tambah sebab tak cukup. Untuk air kak hanim order hot lemon tea.

Mama plak order grilled spring chicken yang beharga RM 21.50. Half a bird grilled to perfection served with gravy and loaded with mash potato and seasonal vegetables.

Grilled chicken ni kat mana-mana pun lebih kurang jer rasanya. Cuma yang membezakan adalah sos dia. So far blackpepper sos yang diletak dalam cawan putih tu kena la dengan selera tekak mama. Pastu mashed potato dia memang banyak. Untuk drink plak mama order apple juice.

Mama jue plak ketinggalan keretapi. Kitorang dah siap order dan makanan dah terhidang barulah nampak batang hidung. Orang tu rabun mata bershopping handbag kat butik avon dulu.

Mama jue dengan rela dalam terpaksa order spagethi bolognaise sebab kami semua nak merasa. Ikut kata tuan punya badan, spagethi ni xdelah sedap sangat. Sedap lagi yang dia masak sendiri kot.

Kak hanim order dessert...cream brulee..very popular french dessert and has a hard caramelised sugar topping yang beharga RM 9.90.

Ini pula puding yang disertakan dalam set nasi dagang aunty tasya. 

Puding karamel dan kek ni plak sebagai ganti kepada bubur kacang hitam yang dalam set nasi dagang tu. Kata waitress, bubur belum masak. Wallahualam..belum masak ataupun memang takde.

Thursday, June 28, 2012

SaTeori Mexican Grill

Hari ni tekak mengidam nak makan western food tapi takde idea nak makan kat mana. So kami terjah la Laman Seri sebab kat sana banyak restoran yang berkonsepkan western food. Lagipun mama jue inform ada kedai baru namanya coffee planet kalau tak silap. Bila sampai laman seri, opkoz la kaki dihayun ke coffee planet dulu. Bila buka pintu restoran, semerbak harum bau kopi menyusuk kolbu. Tapi sayangnya, tak banyak pilihan menu western yang ada. Cuma ada spagheti jer. 

Kebetulan restoran SaTeori Mexican Grill just across jer dengan coffee planet. Malas nak pikir panjang, laju jer kami jalan ke sana. Lagipun kami dah pernah cuba makanan kat sini masa Edisi Celebrate Birthday Tak Habis-Habis dan foodnya memang kena dengan selera tekak kami ni.

Tapi kali ni buku menunya dah berubah wajah. Kalau sebelum ni cuma sekeping kertas keras, kali ni hamekk ko satu buku dia punya menu. Beleklah buku menu ni sampai puas, pastu pening tak tau nak order apa.

For drinks, kami order fresh orange (mine), cappucino ice blended (mama jue's) dan ice lemon tea (papa's). Kali ni mama jue bergedik santai tanpa hubby sebab wadi tengah mc akibat dari jatuh motor. 

Kali ni cuma mama n mama jue jer yang mengidam nak makan western food. Papa pilih menu nasi goreng thai yang beharga RM 7.80. Nasi gorengnya sedap tapi keropoknya jer yang tak berapa nak cantik.

Disebabkan nafsu makan yang membuak-buak, mama order double chicken chop yang beharga RM 17.90. Side dish plak mama pilih coleslaw, fries dan baked bean. Mama suka sangat dengan sos blackpepper kat sini.

Mama jue pilih double chicken chop gak. Kalau seketul tak cukup nak menampung perut kami ni. Cuma bezanya tang side dish. Mama jue pilih vege salad, baked beans dan whipped potato.

Kenmain happy laki binik bila dapat makan. Perut dua-dua pun dah sama naik dah. Haisshh..bilalah nak kurus kalau melantak macam orang kebulur ni.

Wednesday, June 27, 2012

River & Drainage Seminar

Hari ni tajuk seminar fokus kepada sungai dan sistem saliran pulak. Seminar hari ni anjuran bersama JPS dan Innovyze Sdn Bhd. Apa yang mama nak cerita adalah, mc dan merangkap salah seorang speaker untuk hari ni adalah kawan lama mama, Aishah Zaharin, empunya blog Pieces From Daily Life.

Aishah ngan mama sama-sama belajar kat UTM, 10 tahun lepas. Perghh..lama tu. Dah 10 tahun kami grad, dan sekarang berjumpa balik di seminar ni. Lelaki tinggi mencelah kat belakang tu pun coursemate mama kat UTM, sama-sama attend seminar hari ni. Persamaan mama dengan Aishah adalah, kami ada anak sulung kembar lelaki.

Tuesday, June 26, 2012

KFC Flaming Crunch

Balik dari seminar mama dah kepenatan. So untuk dinner malam ni kami just tapau kfc jer bawak balik umah. Mama dah kemalasan nak masak. Mama beli set kombo yang ada 6 ketul ayam dan 3 mangkuk nasi. Ayam tu mama minta 3 ketul original dan 3 ketul spicy. Pastu mama ada satu mangkuk coleslaw dan cheesy wedges.

Mama tak tau la plak yang ayam spicy tu diganti dengan flaming crunch plak. Terus terang, mama tak suka ayam flaming crunch ni. For me, terlalu pedas sampai terasa perit kat tekak. Kami makan tak habis pun seketul.

Nasib baiklah mama ada order ayam original gak. Bolehlah si Rayyans makan. Satu mangkuk nasi kongsi berdua. 

Siap bersinsing lengan lagi si Hazim ni. Rayyans ni memang suka makan ayam goreng, especially ayam uncle bob yang jual kat pasar malam tu.

Water Supply Seminar

Hari ni dan esok mama berseminar dekat hotel grand bluewave, shah alam. Seminar hari ni adalah anjuran bersama Jabatan Bekalan Air dan Innovyze Sdn Bhd.

Untuk hari ni, tajuk seminar pasal water supply. Ada beberapa orang speaker dari jabatan kerajaan dan swasta yang berkongsi pengalaman dan ilmu. 

Seminar kali ni adalah FOC dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengganjur dan tahniah kerana berjaya menganjurkan seminar ini dengan jayanya.

Tak lengkap berseminar jika tiada gambar menu yang menarik..hehehe. Untuk lunch, mama makan nasi putih, spagethi, lauk ayam bakar, sotong dan sayur campur.

Tea time pula ada kek pandan dan kek coklat yang sedap gile. Sumpah. Kalau tak caya tanya Mastura. Hahah. Pastu ada popia bunjut tu (or wantan). Makan cicah sos. Pun sedap gak. After tea time, berakhirlah seminar kami hari ni. Esok ada sehari lagi seminar. See u tomorrow....

Sunday, June 24, 2012

Puding Roti

Tea time hari ni terajin plak masak puding roti. Daripada roti tu expired, ada baiknya mama manfaatkan roti tu. Lagipun papa n Rayyans memang suka makan puding roti.

Bahan - bahan :
2 cawan susu segar
1 cawan gula
4 biji telur
sedikit esen vanilla
mentega
8 keping roti
chocolate chip
 
Cara - cara :
Panaskan oven @ 175 degrees
Pecahkan telur ke dalam bekas adunan, masukkan gula, esen vanilla dan susu. Kemudian kacau hingga gula hancur dan sebati.
Cairkan dua sudu mentega dalam loyang. Kemudian carikkan roti ke dalam loyang tersebut. Selang selikan tabur chocolate chips.
Tuang adunan susu & telur ke dalam loyang yang mengandungi roti. Tekan roti dengan garfu supaya tenggelam. Biarkan seketika supaya roti mengembang dengan jayanya.
Kemudian bakar adunan selama 50 minit @ 175 degrees. Perhatian, roti akan mengembang hingga melimpah dari loyang.   
Bila puding dah masak bolehla dihidangkan untuk santapan. Mama sediakan vanilla sos untuk dimakan bersama dengan puding roti ni.

Lala Goreng Ala Thai

Selain sup sayur tadi, mama juga masakkan lala goreng ala thai ni untuk membuka selera bapak budak supaya makan dengan lebih banyak seterusnya berjaya menghabiskan nasi goreng cina tu.

Bahan - bahan :
2 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inch halia*
3 batang serai*
garam dan gula secukup rasa
2 sudu minyak untuk menumis

Cara - cara :
Kisarkan semua bahan bertanda *.
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili sehingga garing.
Masukkan lala dan goreng sehingga masak.
Masukkan daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
Sedia untuk dihidang.

Sup Sayur

Nasi goreng cina pagi tadi masih banyak lagi. So tengahari ni mama tak masak nasi. Sayang plak nak buang nasi goreng tu kalau mama masak nasi lain. Untuk mengelakkan bosan asyik makan nasi goreng jer, mama buatkan sup sayur ni.

Bahan - bahan:
2 inci halia (hiris halus)
3 ulas bawang merah (hiris halus)
5 ulas bawang putih
(hiris halus)
1 batang lobak merah (potong dadu)
1 ikat sawi
1 biji cili (potong serong)
Bunga kobis
Kiub ayam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Serbuk lada putih

Cara - cara:
Panaskan sedikit minyak. 
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik baunya dan sedikit garing.
Masukkan lobak merah dan tumis sekejap. 
Then masukkan air secukupnya, kiub ayam dan serbuk lada putih. 
Setelah mendidih masukkan kesemua sayur dan masak sekejap.

Nasi Goreng Cina

Pagi ni mama masak nasi goreng cina, nasi guna lebihan nasi minyak semalam. Dari membazir, baiklah mama buat nasi goreng. Lagipun rasa dia takde cacat celanya, lagi sedap adalah kot. Sebab ada rasa lemak-lemak gitu.

Bahan - bahan :
3 cawan nasi sejuk dileraikan
1 cawan frozen vege
1 cawan daun kucai
2 biji telur 
2 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
1 sudu sos tiram
Lada sulah
Garam dan gula secukup rasa

Cara - cara :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum.
Tambah sos tiram dan pecahkan telur. Biarkan telur masak seketika.
Masukkan udang, daun kuchai dan frozen vege. Kacau hingga udang masak.
Tambah secubit gula, garam, lada sulah dan nasi. 
Gaul rata dan masak hingga nasi kelihatan kering. 
Masak sekejap dan matikan api.

Saturday, June 23, 2012

Gulai Kari Daging

Hari ni mama masak nasi minyak, tapi terlupa nak snap foto plak. Pastu mama masak kari daging ni untuk dimakan dengan nasi minyak. Resepi kari daging ni warisan daripada mek bonda tercinta.

Bahan - bahan :
1 kilo daging
10 biji bwg merah - hiris nipis
5 biji bwg putih - hiris nipis
1 inch halia - hiris nipis
2 sudu cili giling
1 keping manisan Kelantan
Kerisek
Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga
Santan
1 paket rempah kari cap orang terbang (Kelantan mari) – larutkan dalam air panas dulu

Cara - cara :
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih hingga naik bau.
Masukkan bawang merah, putih halia dan cili giling. Tumis hingga sedikit garing.
Masukkan rempah kari yang telah dilarutkan tadi dan kacau sehingga sedikit kering.
Masukkan daging dan sedikit air. Masak sehingga daging lembut.
Bila daging dah lembut, masukkan santan, garam dan manisan Kelantan. Kacau hingga sebati.
Masukkan kerisek dan kacau sehingga pekat.
Selain kari daging tu, mama juga goreng ayam berempah untuk diduetkan ngan kari tu. Resepi ayam goreng berempah boleh refer kat SINI

Menu lunch kami tidak lengkap tanpa kehadiran sayur. Sayur bak choy ni mama goreng dengan udang kering. Hmmm..harum jer bau udang kering tu. Alhamdulillah, hari ni dapat masak untuk keluarga dari hasil air tangan sendiri.