Saturday, June 2, 2012

Aktiviti Rayyans Dalam Bilik 202

After check in, kami amik peluang merehatkan badan coz petang ni takde apa-apa aktiviti. Kalau rajin, maybe petang nanti boleh turun ke swimming pool. 

Aktiviti wajib Rayyans setiap kali dok hotel adalah main telefon. Entah kenapa diorang suka sangat kat telefon. Sudahnya telefon tu papa cabut dan simpan kat dalam kabinet dapur. Selesai satu cerita.

Lepas tu, main lampu la pulak. Asyik dok buka tutup suis lampu tu. Dah kena marah ngan papa baru lah nak benti main.

X dapat main lampu, dia main rak tv la plak. Dok buka tutup tv dan pintu rak tv. Bila dah tangan tersepit barulah nak benti main.

Haaa...dah tersepit tangan barulah mencari katil nak tidur. Bila mama larang main tak nak dengar. Dah sepit, sakit tangan barulah sedar.

Then mama bagi chance untuk diorang berendam dalam bath tub. Berejam berendam tak nak kuar-kuar.

Sampai kaki tangan dah kecut, hidung dah meleleh, terpaksalah papa menarik keluar dua orang hero ni. Kalau dibiar, jawabnya sampai ke malam lah diorang main air.

No comments:

Post a Comment