Sunday, June 3, 2012

Let's Explore Maritime Experiential Museum & Aquarium

Selepas tawaf satu pusingan dalam USS tu kami keluar dan menuju ke Maritime Experiential Museum & Aquarium pulak. Muzium ni terletak berdepan jer dengan USS.

Muzium ni terletak kat atas air. Sebab tu la namanya maritime muzium kot. Budak berdua tu bila dah nampak air masing-masing tak keruan la. Langsung takmo pandang kamera.

Terpaksalah papa amik gambar dari sudut lain untuk menampakkan muka diorang. Still..tak nampak gak muka. Masing-masing khusyuk tengok air. Seharian tak mandi tu yang kagum gila kot bila nampak air.

Dekat pintu masuk ada kapal pirate 

Kaum Cina berpakaian tradisional

 Kaum melayu plak dalam pakaian tradisional

Barang-barang tembikar cina dan beras


 Bergambar dengan unta di fadang fasir lah

 Bot-bot kecil disusun bergantungan...menarik

 Lagi tembikar cina

Replika kapal. Tiga-tiga hero tak pandang kamera. Mata semuanya terpaku tengok menatang kat bawah ni. Hadif tu tunduk sebab ketakutan.

Inilah menatangnya yang membuatkan diorang takut. Kepala singa yang bermata merah dah kepala boleh berpusing-pusing.

Actually tak de apa yang menarik pun kat dalam muzium ni. Cuma ada pameran barang-barang bersejarah jer. Dah kata nama pun muzium ye dak.

No comments:

Post a Comment