Saturday, June 2, 2012

Dinner @ Marina Seafood Restaurant

After maghrib, kami semua berkumpul kat lobi sebab jam 8 kami akan gerak ke Marina Seafood untuk dinner plak.

Semasa dok melepak tunggu semua ahli rombongan, Zul sekeluarga  baru sampai dan check in hotel. Diorang sampai lambat disebabkan menempuh jalan yang teramat jem kat seremban.

So kami kena tunggu lama sikit, tunggu zul setelkan hal check in then follow kami semua ke tempat dinner. Kali ni dinner semua ahli rombongan dah ada. 

Restoran marina seafood ni dekat jer ngan hotel. Perjalanan tak sampai 10 minit pun. Lokasinya betul-betul kat tepi jalan. Tak susah la nak mencari restoran ni.

Restoran ni berkonsepkan chinese food. Malam ni agak sibuk kat sini coz ada jamuan perkahwinan pasangan india n cina. Masa kami sampai tu makanan masih belum dihidangkan.

Anak bujang ai haruslah tunjuk perangai tak reti nak dok diam. Asyik dok main ketuk batang chopstick. Dah macam main drum pun ada. Malu ai..dahla dok semeja ngan bos satu keluarga.

Then barulah food satu persatu di hantar ke meja kami. Ni timun masak stim kot. Mama kurang pakar pasal masakan cina ni.

Sup sawi. Tak rasapun. Tak tau camna rasa dia. Masa tengah makan ni capai jer apa yang dekat sebab anak takmo duduk diam. Nak concentrate makan pun tak boleh.

Tofu jepun..pun tak tau nama masakan. Sedap, manis-manis rasanya.

Ni lebih kurang cam fish cake kot. Rasanya manis-manis gak.

Sayur kailan goreng..kot...

Udang bakar

Ayam panggang

Ikan terkangkang masak stim

Hidangan telah tersedia kat atas meja. Cuma bila makan chinese style ni, bab-bab nak guna chopstick yang tak berapa nak pandai. Kat sini plak tak sediakan sudu garpu. Bila kami minta, diorang cakap takde. Makan pun dalam mangkuk kecik. Bila minta pinggan, samala alasan, diorang cakap takde. So malam ni seme jadi orang jepun, makan nasi dalam mangkuk kecik. Exprienced....

Bila dah nak habis makan, waiter hantar air cincau. Air cincau ni better la dari air teh yang takde rasa apa tu.

Walaupun makan dalam kepayahan, sambil bergaduh dengan anak, struggle guna chopstick, makan bersopan dalam mangkuk kecik...disebabkan kelaparan dugaan tu semua tolak ke tepi. Licin semua pinggan mangkuk lauk pauk yang dihidangkan. My opinion, food dia rasa ok la, tapi tang servis tu la yang diorang kena perbaiki lagi.

Sebelum balik, jamu mata dengan fresh seafood yang diletakkan dalam aquarium di hadapan pintu masuk restoran. Udang galah ni sekor rege RM220 dah. Memang tak dapeklah nak merasa udang yang semahal ini.

Kat depan ni ada macam-macam jenis ikan dan seafood. Tapi harganya boleh tahan mahal la. Sapa yang banyak duit tu bolehlah pilih-pilih seafood mana yang nak dimasak.

No comments:

Post a Comment