Wednesday, February 22, 2012

Sandwich Sardin

Setiap hari ku telan sandwich dah sekarang. Yang bezanya cuma intinya sahaja. Hari ni wat inti sardin plak. Bahan inti tu mama siapkan malam tadi. Pagi ni mama just tepek kat atas rotinya saja. Kalau semua nak buat pagi agak kelam kabut lah nak bersiap gi kerja. Pastu nak melayan kerenah anak-anak di pagi hari lagi...fuhhhh..amik tangan lap peluh.

Bahan - bahan :
8 keping roti wholemeal
1 tin kecil sardin
2 biji bawang putih - mayang
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
Garam
2 biji tomato 
Salad
Olive oil

Cara - cara :
Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sardin dan sedikit air. 

Masukkan jus limau kasturi dan garam. Kacau hingga pekat.

Buangkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi sardin.

Susun salad, sardin dan tomato kat atas roti. Akhir sekali lapikkan dengan sekeping lagi roti.

Tuesday, February 21, 2012

Sandwich Telur

Konon-konon wat sandwich telur ni untuk breakfast. Sekali bila masuk ofis bos suruh attend meeting. Hmmm..terpaksalah berkejar ke site yang nun jauh di Jeram, Kuala Selangor. Habis meeting dah kul 1 tengahari. Balik opis dah kul 3 petang. Langsung sandwich ni jadi menu lunch mama.

Bahan - bahan :
8 keping roti wholemeal 
4 biji telur rebus, dikupas kulitnya
1 sudu kecil lada putih
Garam
4 sudu makan mayonis
Salad
2 biji tomato dihiris

Cara - cara :
Lenyek telur dengan garpu hingga hancur. Satukan telur, garam, lada putih dan mayonis. Kacau rata.

Susun salad, telur dan tomato kat atas roti. Akhir sekali lapikkan dengan sekeping lagi roti.

Monday, February 20, 2012

Sandwich Salad Ayam

Selamat bersiaran di hari Isnin, permulaan minggu baru. Mama berazam untuk masak homemade food untuk breakfast. Kalau beli kat kedai semuanya jenis yang berminyak. Memanglah sedap untuk dimakan, tetapi bila memikirkan kesihatan yang tak berapa nak cemerlang ni, terpaksalah kuatkan hati makan makanan yang berkhasiat sikit.

Bahan - bahan :
8 keping roti wholemeal
8 ketul nugget ayam digoreng dan dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
Salad
Sos thousand island

Cara - cara :
Satukan nugget, tomato dan sos thousand island. Kacau rata.

Susunkan salad, inti dan tomato kat atas sekeping roti. Kemudian lapikkan dengan sekeping lagi roti.

Sunday, February 19, 2012

Sup Ayam Berempah

Semasa memblogwalking, ternampaklah Sup Ayam Berempah ni dari dapur CT. Sebelum ni mama tak pernah masak sup pakai serbuk ni. Selalunya pakai sup bunjut tu jer. Rasanya memang sedaplah..memang boleh diulang tayang. 

Bahan - bahan :
1 ekor ayam ayam - potong kecil (mama buat sepotong ayam bahagian dada jer)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih * 
1 biji bawang besar *
1/2 inci halia *
Sedikit kunyit hidup * - ni pakai kunyit serbuk
1 sudu kecil lada hitam biji *
1 sudu kecil jintan halus * (bahan bertanda * blender halus)
1 sudu besar rempah sup - bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar rempah kurma - dibancuh bersama sedikit air
1 kiub pati ayam knorr
3 biji kentang - potong baji (tak letak, ganti ngan brokoli)
2 batang carrot - potong baji
1 batang daun salary - potong kecil (tak letak)
1 batang kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
2 biji bunga cengkih
2 buah pelaga
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa jika suka
Daun sup/bawang
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
Ayam dibersihkan dan tos airnya. 

Panaskan 1 sudu besar minyak dalam periuk dan masukkan rempah tumis kacau sekejap, kemudian masukkan bahan yang diblender dan kacau lagi hingga naik bau.

Masukkan air dan ayam tadi. Biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan kentang dan carrot serta kiub ayam berserta rempah sup dan rempah kurma. Kacau sekejap dan tutup periuk.

Setelah ayam kentang dan carrot empuk, masukkan daun salary, garam dan sedikit serbuk perasa jika suka. Kacau sebentar dan perasakan jika sedang elok boleh matikan api dan angkat.

Sedia untuk dihidang bersama nasi putih atau boleh juga dimakan bersama menu pilihan. 

Mama makan sup ni cicah dengan french loaf yang dibakar terlebih dulu.

Saturday, February 18, 2012

Pie Apple Puff

Second attempt mama buat pie apple puff ni. Sebelum ni dah pernah buat dan rasanya memang sedap. Bila menu sedap, jadi kenalah ada ulang tayangnya. 

Resepi asal Pie Apple Puff dari dapur CMG. 

Bahan - bahan :
1 paket puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 inci x 4 inci)
1 kuning telur*
1/2 camca teh esen vanilla *(*disatukan dan pukul sedikit)
2 biji epal hijau, kupas dan dadu kecil
2 camca besar kismis
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis
3 - 4 camca besar gula perang (soft brown sugar)
1 camca besar mentega berkualiti tinggi
1 camca teh tepung jagung
Secubit garam

Cara - cara :

Cairkan mentega dalam non-stick pan, goreng epal dan kismis hingga harum, masukkan gula perang dan serbuk kayu manis, kacau rata dan biar epal sedikit layu. Tambah gula perang, masak hingga pekat. Masukkan secubit garam dan tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat, guna api kecil. Sejukkan.

Ambil sekeping puff pastry, kerat dua. Satu bahagian dikelar atau ikut kreativiti masing2 untuk mencorak. Letak 1 camca besar inti dalam bahagian satu lagi, kemaskan dan tutup dengan puff pastry yang bercorak. Tekan tepinya dengan garfu, susun dalam loyang pembakar, buat hingga siap dan sapu dengan kuning telur. 

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk sarapan atau minum petang.

Friday, February 17, 2012

Garlic Bread & Mushroom Soup

Petang tadi mama jue keluar with hubby ke giant. So mama kirim la kat dia suh belikan french loaf ni..sampai 2 batang ko..so malam ni berdinner'an dengan french loaf ni jer la.

Bahan - bahan :
1/2 batang french loaf
garlic butter
1 tin campbell mushroom soup

Cara - cara :
Potong serong french loaf dan sapukan garlic butter kat atasnya. Bakar selama 10 minit @ 150C.

Sementara tu panaskan mushroom soup segera tu kat atas api dan tambahkan sedikit air. Kacau hingga sup sedikit pekat.

Bila sup dah mendidih, hidangkan panas-panas dengan garlic bread.

Scrambled Egg & Sausages Sandwich

Starting from today update masakan mostly akan memaparkan menu berasaskan roti jer la. Almaklumlah, sejak sakit ni mama dinasihatkan doktor untuk menurunkan berat badan. Jadi, perkara pertama yang mama kena buat adalah kurangkan pengambilan nasi. So far, mama masih makan nasi waktu lunch. Breakfast n dinner dah tak makan nasi. Harap-harap menurunlah berat badan ni ha. Mama buat sandwich ni untuk breakfast. Papa pun join sekali menu berdiet (diet ke?) mama ni.

Bahan - bahan :
8 keping roti whole meal
3 biji telur
2 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
5 batang sosej dipotong nipis
Mayonis
2 biji tomato dipotong nipis
Daun salad
Olive oil

Cara - cara :
Pecahkan telur ke dalam bekas dan masukkan lada sulah dan garam. Kacau sebati.
Panaskan frying pan, masukkan olive oil dan goreng sosej seketika (hingga masak).
Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga telur hancur dan masak. Alihkan dari kuali.
Masukkan mayonis dan gaul sebati.
Susun salad, inti dan tomato ke atas roti.

Wednesday, February 15, 2012

Semoga Menjadi Anak-Anak Yang Soleh

Wordless Wednesday.....Hari ni layan gambar Rayyans jer la...

aishh..mana satu arah kiblat ni..sorang ngadap hulu...sorang ngadap hilir

Hadif ni semayang tak kusyuk...mata sempat lagi pandang tv. Yang Hazim plak sujud tak bangun-bangun.

Ya Allah Ya Tuhanku..peliharalah anak-anakku dari sebarang musibah. Semoga mereka membesar sebagai anak-anak yang soleh.

Ya Allah Ya Tuhanku, berilah kebahagiaan kami di dunia dan akhirat. Berkatilah hidup kami dengan rezeki yang murah dan kekalkanlah keimanan di hati kami.

Tuesday, February 14, 2012

Bell's Palsy

Lama sungguh tak update blog...takde mood nak update sejak badan tak berapa sihat ni. 3 minggu lepas (21/01/2012) tiba-tiba mama dapat penyakit Bell's Palsy. Kalau istilah kampung orang sebut strok. Mama kena tang muka jer. Masa tu on da way nak balik kelantan untuk bercuti sempena raya cina. Mama actually tak sedar bila mama kena sakit ni. Apa yang mama perasan, bila mama minum air macam nak tertumpah. Pastu masa benti breakfast kat RnR Temerloh, nasi lemak yang mama makan macam takde rasa. Pastu muka n lidah rasa macam kebas jer. 

Masa ni kat karak, jalan tengah jem. Jadi mama saja suka-suka pose ngan Rayyans. Masa ni tak perasan pun muka dan senyum dah berubah. Bila senyum mulut tak terjungkit sebelah jer. Bila dah donwload gambar ni barulah nampak time ni mama dah kena strok. So mama buat kesimpulan, maybe mama dapat masa tengah tidur malam tadi. The best part is, papa pun tak perasan mulut mama senget bila bercakap. 

Obviouskan gambar ni...senyum sebelah jer. Mata belah kanan pun tak boleh berkelip. Perjalanan balik kelantan makan masa 10 jam. Bayangkan dalam 10 jam tu papa tak perasan pun perubahan kat muka mama. Bila sampai kat kampung, mek orang pertama berjaya mengesan perubahan mama. Memang menggelabah bila nampak anak dia kena strok. Terus dibawa mama ke klinik untuk check. Doktor cakap sakit mama ni bukan strok, tapi bell's palsy. Kegagalan saraf kat pipi. Selalunya orang yang ada high blood pressure berkemungkinan tinggi untuk dapat strok ni..tp masa tu BP mama adalah normal. Check kencing manis pun clear. Cuma kolestrol jer tak check...tak terfikir nak check plus doktor pun tak suggest untuk mama check kolestrol.

Inilah rutin mama, 2 kali sehari selama 2 minggu. Kat mana ada tukang urut, ke situlah mek bawa mama berurut. Masa ni tanggungjawab terhadap anak-anak dan papa memang terabai. Bila Allah nak datangkan penyakit pada kita, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mungkin ni dugaan Allah untuk mama supaya tidak lupa padaNya. Apa yang mama mampu buat cuma berikhtiar dan bertawakal semoga mama sembuh dari penyakit ni. Sejak seminggu yang lepas, mama memulakan terapi Al-Jabbar. Setakat ni dah nampak progress sikit, pipi mama dah boleh digerakkan. InsyaAllah mama akan kuatkan hati, berkorban masa untuk meneruskan terapi ini sehingga kesihatan mama betul-betul pulih.