Hari ni agenda kami teramatla pack..pagi2 lagi mama dah dikejutkan oleh Rayyans..diorang ni memang jenis bangun awal..seawal 6 pagi..bila dah bangun plak terus merengek minta dimandikan...terpaksala mama melayan kerenah anak bujang mama ni. Lepas mandikan dan siapkan si bujang ni, mama terus ke dapur tolong nenek masak. Pagi ni nenek goreng mee udang..penuh satu kuali besar..maklumla keluarga kami besar..ditambah hari ni semua ahli keluarga ada kat umah nenek. Selepas sarapan, maklong n pakda masing-masing gerak balik ke kl dan jb..esok depa dah stat keje..:(..blum puas rasanya berjumpa dengan adik beradik dah habis cuti diorang.
Selepas mereka bertolak balik, kami ke majlis kenduri kahwin 2 pupu kat tanah merah. Jarak dari pasir puteh ke tanah merah dekat jer sebenarnya, kalau ikutkan plan asal, kami sepatutnya tiba jam 10.30 pagi tapi disebabkan jalan yang teramatla jem, jam 12 tengahari baru kami sampai sana. Rayyans sampai tertidur kat dalam kereta..bosan agaknya kereta tak gerak2.
Polis trafik ada di mana-mana sahaja mengawal lalulintas. Tapi ada juga manusia yang mementingkan diri, orang lain penat-penat beratur panjang diorang sesuka hati ikut lane kecemasan..
Kami tak dapat nak bersembang lama dengan saudara mara coz kena bergegas balik ke pasir puteh..kami nak kena hadir ke majlis perkahwinan bapa saudara mama plak...rombongan pengantin dijangka akan berangkat ke rumah pengantin perempuan jam 2 petang. Sesudah makan kat tanah merah ni kami terus gerak ke pasir puteh balik. Harap-harap jalan tak jem..dah bosan sangat dok dalam kereta..mama layan amik gambo muka sendiri..
Tetapi, amatla mendukacitakan coz perjalanan balik jalan lagi sesak. Polis trafik telah mendivertkan jalan kami entah masuk ke kampung mana-mana ntah...tau-tau jer dah bypass pekan tanah merah. Rupanya ada kemalangan teruk menyebabkan jalan terpaksa ditutup untuk kenderaan. Sudahnya jam 3 petang kami masih di dalam kereta makan jem tanpa roti. Rombongan pengantin pun dah gerak..tak dapat nak tunggu kami yang entah bila boleh sampai ni. On da way balik Rayyans lagi sekali tertidur. Jadi kami balik rumah dulu..mandi dan menyegarkan diri sebelum ke majlis kahwin pakcik mama.
Akhirnya jam 5 petang kami ke majlis kahwin tu...rombongan pengantin pun dah balik. Pengantin pun dah keluar buat outdooor photoshoot..takpela..daripada tak datang langsung lebih baik datang walaupun lewat 'sikit'. Rugi rasanya terlepas acara persandingan coz dengar2 cerita pengantin diusung macam raja2 zaman dulu (nanti kalau dapat gambarnya mama sharekan kat sini). Apapun selamat pengantin baru diucapkan kepada paksu Ismail dan pasangannya. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke anak cucu.

No comments:
Post a Comment