Malam ni kami dah nak bertolak balik puncak alam..sekejap jer rasa balik kampung cuti dah nak habis..sedih rasanya nak meninggalkan mek & ayah...huhuhuh...Pagi ni kami amik peluang merehatkan diri jer kat rumah. Lagipun malam ni papa nak kena drive jauh..better la cukup rehat. Nenek plak pagi2 lagi ke Kerteh..melawat sepupu yang meninggal masa raya pertama hari tu..Kak Fida meninggal jam 9 pg raya pertama kerana sesak nafas..berita tu agak mengejutkan kami coz arwah masih muda (umur 36 tahun). Arwah meninggalkan 3 orang anak dan yang lebih sedih ketika tu arwah tengah mengandung 4 bulan...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Kami bertolak balik jam 8 malam...nasib kami baik jalan agak lancar. ..cuma hujan di sepanjang jalan..jadi papa tak dapat nak drive laju2...Mungkin semua orang dah balik lebih awal dari kami. Rayyans plak tidur jer sepanjang jalan...kami tiba kat puncak alam jam 5 pagi...fuhhh...penat tapi berbaloi bila dapat jumpa mak ayah dan kaun keluarga..
No comments:
Post a Comment