Saturday, September 3, 2011

Diari Raya : 5 Syawal

Agenda hari ni agak pack. Bermula dengan majlis reunion classmates mama kat smcr dulu..kami bergather2 kat tepi pantai bisikan bayu. Tak ramai yang dapat menghadirkan diri..tetapi syukur sebab ada juga yang melapangkan jadual menghadiri perjumpaan hari ni. Mama sebenarnya sudah 15 tahun tak bersua muka dengan kawan2 kat smcr...ada 2, 3 orang jer yang mama selalu jumpa..itu pun sebab sekampung. Kalau dari kampung berlainan alamaknya mmg susah la nak jumpa. Majlis reunion ni every year diadakan, tapi tahun2 sebelum ni mama tiada kelapangan. Alhamdulillah tahun ni mama berkesempatan berjumpa dengan kawan2 lama walaupun sekejap shj itu sudah memadai.
Orang kuat disebalik majlis reunion ini..terima kasih kpd Mazilah, Nurul, Aya dan Ayu yang bertungkus lumus menyediakan segala urusan berkaitan makanan dan kelancaran majlis.
Mama plak tak berkesempatan nak bersembang melepak lama2 dengan kawan..asyik bz mengejar Rayyans yang berlari ke sana sini..fuhhh..fenat mak nyah..
Sambil sembang sambil makan...ada plak yang murah hati sponsor ayam untuk BBQ..thanks to Farihan untuk sponsorship ni..tahun depan boleh la sponsor lg yer..
Jam 12 tengahari mama terpaksa mengundurkan diri coz untuk menghadirkan diri ke majlis sambut menantu pakcik mama yang kahwin masa raya ketiga hari tu..sebelum balik tu of course la acara wajib bergambar beramai-ramai...semoga majlis ini menjadi kenangan untuk kami..
Dari majlis reunion kami terus ke kenduri sambut menantu. Nenek dan tok ayah dah lama tunggu mama datang...selepas menjamu selera (makan lagik) kami terpaksa minta diri coz nak kena attend lagi satu wedding...wedding dua pupu mama plak kat ketereh..fuhhh..raya tahun ni banyak betul kenduri..dahla baju raya 3 pasang jer mama tempah..asyik dok ulang tayang baju sama jer...
Dari kenduri kat ketereh, on da way balik kami singgah kat kg bukit tanah untuk melawat sedara mara yang ada kat sini. Rumah usang di atas milik arwah nenek saudara mama. Selepas beliau meninggal, rumah tu terbiar jer...rumah ni pernah menjadi tempat permainan mama masa kecil2 dulu.
Kat sini juga ramai sepupu sepapat mama yang tinggal berdekatan. Alang-alang dah sampai sini, kami beraya ke semua rumah..hah ko..raya sangak nokss...kebetulan kat rumah sepupu mama tu ada kucing, si Rayyans apa lagi..kenmain happy la..sib baikla tak mati anak kucing tu dikerjakan kat diorang..Penat sungguh hari ni...jadual raya penuh...maghrib baru kami sampai rumah..

No comments:

Post a Comment