Monday, September 5, 2011

Puding Roti

Hari ni mama tak kerja lagi...masih bercuti..esok baru mama masuk kerja. Hari ni cuma bermalas-malasan kat rumah jer. On da way balik dari kampung malam tadi, papa ada beli roti butterscotch..teringin plak nak makan puding roti. Susu segar takde plak..terpaksala mama memaksa rela papa untuk keluar pi beli susu...hehehhe..meh kita intai resipinya..

Bahan-bahan:
2 cawan susu segar (mama pakai full cream milk)
1 cawan gula
4 biji telur
sedikit esen vanilla
mentega
8 keping roti
chocolate chip & raisin
1 sudu tepung kastard

Cara-cara:

Panaskan oven @ 175 degrees
Pecahkan telur ke dalam bekas adunan, masukkan gula dan susu. Kemudian kacau hingga gula hancur dan sebati.
Cairkan dua sudu mentega dalam loyang. Kemudian carikkan roti ke dalam loyang tersebut. Selang selikan tabur chocolate chips & raisin.
Tuang adunan susu & telur ke dalam loyang yang mengandungi roti. Tekan roti dengan garfu supaya tenggelam. Biarkan seketika supaya roti mengembang dengan jayanya. Kemudian bakar adunan selama 50 minit @ 175 degrees. Perhatian, roti akan mengembang hingga melimpah dari loyang.
Sementara menunggu puding masak, sediakan kastard. Cairkan satu sudu tepung kastard dengan air. Kemudian masukkan ke dalam campuran susu segar dan gula. Panaskan hingga mendidih dan sedikit pekat.
Bila puding dah masak bolehla dihidangkan untuk santapan..nyum nyum...
Ini pula versi semasa majlis family gathering...mama gunakan roti raisin yang agak gelap warnanya..tp rasa still sedap..marvellous gitu..

No comments:

Post a Comment