Friday, September 2, 2011

Diari Raya : 4 Syawal

Selamat hari raya ke 4..dan selamat hari jumaat. Hari ni agenda kami cuma satu jer, nak memenuhi jemputan kenduri akikah jiran depan rumah. Majlisnya start after solat jumaat. Jadi pagi ni mama merendek ke kedai kain nak mencari kain pasang...untuk raya haji plak..hehehe..kami ke Zaleha Textile yang terletak kat pasir puteh...ingatkan time lepas raya ni tak ramai la orang shopping..tp mak aii..beratur nak bayar kenmain panjang..naik lenguh kaki..mama sempatla rembat 4 pasang kain..

Dari Zaleha textile kami ke Econjaya..nak shopping barang2 untuk masak chicken chop..ada plak yang mengidam nak makan chicken chop..time raya2 ni mana la nak cari kedai western food ni..sib baik resipi tu ada jer kat dalam kepala mama ni..cadangnya nak masak untuk makan tengahari, tapi ada jemputan kenduri plak dari jiran depan..so postpone masak untuk dinner jer.
Mama aka ketua chef tengah menyalut dada ayam dengan tepung jagung...sebanyak 20 ketul dada ayam yang bakal disalut (banyak tuu)
Kemudian pembantu chef pertama celup plak ayam tu kat dalam telur sebelum di hand over ke pembantu chef kedua.
Pembantu chef kedua plak ditugaskan untuk menyalut ayam tu dengan bread crumbs...sebanyak 2 kotak bread crumbs berjaya dihabiskan untuk menyalut 20 ketul dada ayam.
Ini pulak PA mama merangkap pemerhati..setia 24 jam kat sisi mama..
Sesudah ayam siap disalut, langkah seterusnya adalah menggoreng.
Ayam digoreng dalam minyak yang banyak hingga kekuning-kuningan dan garing.
Sementara mama menggoreng ayam, pembatu chef ketiga menyediakan black pepper sauce untuk di makan bersama ayam nanti.
Bila acara masak-memasak selesai, sudah tentunya acara makan-makan menyusul...

No comments:

Post a Comment