Esok umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan ramadhan. Alhamdulillah, mama masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa untuk kesekian kalinya. Ini merupakan tahun ketiga mama berpuasa sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Bila bulan puasa ni topik utama mestilah juadah berbuka, juadah bersahur, terawikh & amalan2 sunat di bulan Ramadhan.
Bagi mama, juadah berbuka tidak menjadi satu masalah. Kat shah alam ni berlambak pasar ramadhan. Kalau rasa penat atau malas atau tak sempat nak masak, pasar ramadhan la jadi penyelamat. Macam2 juadah ada..tunjuk & hulur duit jer la.
Kalau mood rajin, insyaallah mama akan sediakan sendiri juadah berbuka. Orang cakap lagi afdal makan dari air tangan isteri sendiri kan? Papa pun bukan jenis yang cerewet, masak apa pun dia akan makan. Mama berazam puasa tahun ni nak masak sendiri lauk pauk. Kalau membeli pun setakat kuih muih jer (kot). Lagipun stok barang2 masak yang mek bawa dari kampung teramatla banyak. Nak kene habiskan sepanjang bulan ramadhan ni.
Yang menjadi masalah untuk mama adalah bersahur. Memang dari dulu lagi mama jenis yang tak boleh telan makanan time sahur. Kalau bangun pun cuma untuk minum air jer. Masa bujang2 dulu langsung la tak sahur. Kalau kat kampung just bangun untuk temankan mek sahur jer. Tapi sejak jadi isteri orang ni tak dapekla nak membuta yo. Ada tanggungjawab besar yang wajib dilaksanakan. Tahun lepas juadah sahur amatla simple (keje pemalas sebenarnya ni). Papa cuma minta mama gorengkan telur dan makan ngan kicap jer. Kalau boleh tahun ni tak nak la bagi papa makan telur goreng tiap2 pagi.
Bila dah jadi isteri dan ibu ni baru faham perasaan mek kena bangun sorang2 masak pagi2 hari. Dah siap masak baru kejut anak2 bangun makan. Yang anak2 ni plak tak reti2 nak bangun tolong mek masak...tp mek tak pernah pun nak mengeluh ngan perangai anak2. Nah sekarang..amek ko...tau la cmne nak bangun pagi & sediakan sahur untuk hubby (xpe banyak pahala tu). Mama berazam nak bersahur sepanjang bulan puasa tahun ni (Insyaallah).
Petang tadi kami sekeluarga ke carrefour subang jaya untuk cari bekalan makanan untuk puasa. Papa siap hadiahkan satu oven n satu microwave untuk mama. Ada maksud hadiah tu sebenarnya....maksudnya tahun ni kena la buat biskut raya sendiri. Mama pun dah google beberapa resipi kat internet yang nampak sedap dan simple jer caranya...chaiyokk...tahun ni makan biskut made in rumah sendiri la.