Sunday, January 15, 2012

Tomyam Sayur

Another simple recipe untuk diduetkan dengan ikan bawal emas 3 rasa tadi. Tekak mek ni kalau makan tomyam memang serasi sangatlah. Kalau makan kat luar pun tomyam ni bolehlah dikatakan menu wajib order. Kali ni mek buat tomyam sayur jer.

Bahan - bahan :
1 pokok brokoli
1 batang lobak merah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih diketuk
3 batang serai
Daun limau purut
2 sudu pes tomyam
Garam secukup rasa
4 cawan air


Cara - cara :
Masukkan kesemua bahan kecuali tomato dan brokoli ke dalam periuk. Didihkan.
Masukkan brokoli dan masak sehingga brokoli sedikit layu.
Tutupkan api dan masukkan tomato.
Hidangkan dengan nasi putih.

Ikan Bawal Emas 3 Rasa

Asyik-asyik masak 3 rasa jer...takde menu lain ke? Takde dik..ini jer yang senang. Potong-potong pastu main campak-campak jer. Mek ni bukan rajin sangat nak menggulai bagai..nak kena bertunggu tepi dapur. 


Bahan - bahan : 
Sekor ikan bawal emas
3 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
2 inch halia - mayang
2 sudu cili boh
2 sudu sos cili
2 susu sos tomato
carrot potong panjang-panjang
nenas potong kiub
2 sudu air perahan lemon
4 sudu madu larutkan dengan secawan air
Garam
Kunyit

Cara - cara :
Perap ikan dengan garam dan kunyit. Gorengkan dalam minyak dalam kuantiti yang agak banyak (biar ikan berenang dalam minyak). Angkat dan toskan.

Tumiskan bahan - bahan yang dimayang beserta cili boh sehingga garing. Masukkan bancuhan madu, sos cili dan sos tomato. 

Masukkan carrot dan masak sehingga carrot sedikit lembut. Kemudian masukkan nenas dan perahan lemon dan kacau sehingga pekat.

Tuangkan kuah 3 rasa ke atas ikan bawal tadi dan siap untuk dihidang. Boleh ditabur daun bawang atau daun sup kat atas ikan tu.

Puding Laici

Dah lama sangat tak buatkan puding untuk anak-anak. Rayyans ni kalau puding laju jer makannya. Coz diorang ingat  puding  ni adalah aiskrim. hehhee..yelah,  puding kan dimakan sejuk-sejuk. Tapi yang bestnya, puding laici mama ni dah jadi kaler pink. Gara-gara terbeli agar-agar bewarna merah. Belasah je la..janji rasa tetap sedap.

Resepi Puding Laici ni mama refer kat blog Tiffin Biru Che Mat Gebu. Tapi CMG buat kaler putih...mama punya kaler pink uuu..


Bahan - bahan :
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 tin laici, kisar 1/2 isinya dengan 125 ml air laici dalam tin
1 helai daun pandan
Strawberry sebagai hiasan - tak letak

Cara - cara :
Satukan gula dan sebuk jelly ke dalam periuk berisi air tadi, kacau hingga sebuk jelly larut.

Masukkan daun pandan, dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih, kacau selalu. Matikan api.

Masukkan susu cair dan isi laici yang dikisar tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam bekas sesuai. Biarkan hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga mengeras.

Hidangkan bersama hirisan laici dan strawberry, jika suka boleh dituangkan air laici dalam tin tadi sebagai kuahnya. Sedap dimakan sejuk.

Mihun Goreng

Pagi semalam breakfast dengan mee goreng. Pagi ni tukar ke mihun goreng plak. Mama masak main campak-campak jer based on barang-barang yang ada kat dapur.

Bahan - bahan :
1/3 peket mihun
1 ikat sawi
2 keping burger ayam 
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 sudu kicap
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Rendamkan mihun dalam air panas sehingga lembut, toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan kepingan burger ayam dan kacau biar sedikit hancur.
Masukkan kicap, sawi dan garam. 
Masukkan mihun dan gaul rata.

Saturday, January 14, 2012

We're Happy Family

Rayyans tak habis-habis melaram dengan pyjamas baru. Mama dah kemaruk pakaikan diorang dengan pyjamas coz nampak lebih macho. Ye ke?? 

I love Mom & Dad. Even though we're going to different direction but we're still happy family.

Pie Apple Puff

Hari minggu kalau tak kemana-mana, mulalah perut asyik rasa lapar jer. Bila tengok isteri dok merelax-relax jer mulalah en suami tanya 'ma...takde apa-apa makanan ke nk makan petang ni?' Pastu mulalah pn isteri mencari-cari resepi yang sesuai iaitu senang dan cepat dan sedap. Pie apple puff ni senang jer nak masak coz guna pastry yang segera jer.

Resepi asal Pie Apple Puff ni mama amik dari dapur Tiffin Biru Che Mat Gebu.

Bahan - bahan :
1 paket puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 inci x 4 inci)
1 kuning telur*
1/2 camca teh esen vanilla *(*disatukan dan pukul sedikit)
2 biji epal hijau, kupas dan dadu kecil
2 camca besar kismis
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis
3 - 4 camca besar gula perang (soft brown sugar)
1 camca besar mentega berkualiti tinggi
1 camca teh tepung jagung
Secubit garam

Cara - cara :
Cairkan mentega dalam non-stick pan, goreng epal dan kismis hingga harum, masukkan gula perang dan serbuk kayu manis, kacau rata dan biar epal sedikit layu. Tambah gula perang, masak hingga pekat. Masukkan secubit garam dan tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat, guna api kecil. Sejukkan. 

Ambil sekeping puff pastry, kerat dua. Satu bahagian dikelar atau ikut kreativiti masing2 untuk mencorak. Letak 1 camca besar inti dalam bahagian satu lagi, kemaskan dan tutup dengan puff pastry yang bercorak. Tekan tepinya dengan garfu, susun dalam loyang pembakar, buat hingga siap dan sapu dengan kuning telur. 

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk sarapan atau minum petang.

Sup Sayur

Sup sayur campur ni diduetkan dengan ikan pasu goreng berlada tadi. Memang menyelerakan bila dihirup panas-panas. 


Bahan - bahan :
1 batang tofu jepun - potong nipis
1 batang lobak merah
1 ikat sawi
1 ikat kailan
1 biji telur
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara - cara :
Dalam kuali/non-stick pan, panaskan minyak dan goreng dahulu tofu jepun tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 2 sudu besar. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.

Masukkan air untuk kuah secukupnya. Masukkan  lobak merah. Biarkan mendidih dan lobak merah sedikit lembut.

Masukkan garam, kailan, sawi dan tofu jepun tadi. Biarkan mereneh sebentar dengan api sederhana. 


Pecahkan telur dan masak sehingga telur mengeras. Hidangkan panas-panas.

Ikan Pasu Berlada

Hari ni masak simple jer untuk makan tengahari..ikan pasu goreng berlada. Kalau masak camni, jenis goreng-goreng garing ni lajulah sikit 3 hero makan nasi. Hero-hero saya ni kalau masak kuah yang berlemak tu jawabnya makan tak sepenuh hati la.

Semalam beli ikan pasu ni kat pasar malam. Actually tak tau ni ikan apa, tanya kat penjual tu cakap ikan pasu. Ni ikan sangkar tapi tak surelah ikan air masin or air tawar. . Rasa ikan ni lebih kurang ikan siakap tapi makan kena lebih berhati-hati coz tulangnya amatlah banyak. Tulang-tulang bercabang yang halus...

Resepi ikan berlada ni mama dapat dari buku Chef Hanieliza, 1 hari 1 resepi.

Bahan - bahan (A) :
2 ekor ikan selar - mama ganti ikan pasu
1 labu bawang besar - dipotong gelang
5 biji limau kasturi - diambil jusnya
Garam secukup rasa
2 sudu teh serbuk kunyit
Minyak bagi menggoreng


Bahan - bahan (B) : dikisar
6 biji cili merah
5 biji cili api
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah


Cara - cara :
Bersihkan ikan. Kemudian lumurkan garam dan serbuk kunyit.
Gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
Masukkan garam dan bawang besar. Kacau rata.
Tutup api dan tuangkan jus limau kasturi. Kemudian kacau lagi.
Angkat dan tuangkan di atas ikan. Hidangkan.

Mee Goreng

Mee goreng adalah menu wajib breakfast setiap pagi sabtu. Rayyans lebih suka makan mee berbanding nasi ataupun kuih-muih. Jadi mama tak payah nak pening-pening kepala mikirkan nak masak apa. Goreng jer mee sure anak bujang makan tak toleh kanan kiri.

Mama n papa pun boleh makan sekali tak perlu nak masak 2, 3 jenis masakan. Pagi ni mama goreng nugget tempura ayamas untuk digandingkan dengan mee goreng ni. Dapat pulak air teh hasil air tangan en somi...fuhhh..berselera ai breakfast pagi ni.

Bahan - bahan :
1 bungkus mee kuning - rendam dalam air panas, cuci dan toskan
20 ekor udang
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
2 sb kicap pekat
1 ikat kailan
garam dan sedikit gula
minyak utk menumis
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih - hiris halus
4 ulas bawang merah - hiris halus

Cara - cara :
Bersihkan udang basah, cuci dan toskan. Campurkan sedikit garam dan goreng. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.

Panaskan minyak & tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.

Bila cili dah masak, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan gula jika perlu.

Masukkan mee dan kailan. Gaulkan biar rata.

Hidangkan dengan nugget.

Friday, January 13, 2012

Angry Bird Part 2

Malam ni Rayyans melaram dengan baju angry bird lagi. Macam best plak tengok diorang pakai baju angry bird ni..tambah hensem anak mama. Hadif makin nampak membolatss..

Hijau untuk Hadif.... biru untuk Hazim

Mama, kami nak lumba basikal. Cepat tiup wisel.

Bosanlah mama basikal tu kecik...tak mencabar. Kita lawan tricycle la plak.

Vroomm...vroomm...kita dah nak berlepas.

Tunggu Hadif tiup wisel dulu..preeeettttt..

huk aloh...orang dah nak berlepas dia baru nak tiup wisel.

Relax la brother..ai baru nak panaskan enjin ni ha

Huh..apa-apa lah..janji ai boleh menang..