Saturday, July 27, 2019

Lexis Hibiscus Port Dickson

Mama tengah gigih update cerita cuti2 kami. Banyak trip jalan2 yang pending. Walaupun blog mama ni takde orang baca, tapi mama suka share cerita kat sini. Sebab nanti bila bosan2 mama suka blogwalking kat blog sendiri. Baca kisah2 sendiri. Freshkan balik ingatan pada memori lama.


Sekarang ni kalau bercuti mama prefer tempat yang boleh relax2 tenangkan fikiran. Kalau dulu sewa hotel just untuk tidur jer. Siang hari seret kaki berjalan ke serata tempat. Tapi sekarang maybe sebab dah tua kan, lebih kepada bercuti untuk berehat.

Kita orang tua fikir nak berehat kat dalam bilik jer. Tapi kesian pulak dekat anak2 kalau terperap kat dalam bilik. So carilah hotel yang diorang boleh buat apa2 aktiviti.

Kali ni kami ke lexis hibiscus, port dickson. Kira ok la sebab lokasi tak jauh sangat dari kl. Takdelah papa penat nak drive jauh2.

Alasan paling utama kenapa mama pilih ke sini sebab ada swimming pool kat dalam bilik. Mama papa boleh berehat dalam bilik sambil pantau anak2 mandi kolam. Win2 situation gitu.

Urusan check in sekejap jer. Bilik kami nun jauh kat batang sesungut yang mengadap laut dalam. So kena naik buggy untuk ke bilik sebab jauhnya boleh tahan jugak.

Buggy memang banyak kat sini. Tak perlu tunggu lama pun. Dahla kaler buggy sedondon dengan baju kami hari ni.

Buka jer pintu bilik terus jumpa mini bar ni. Mama dah siap2 bawak bekal sebab dah plan tak nak keluar. Pastu ingat kat dalam ni susah nak cari tempat makan. Walhal kat dalam lexis ni siap ada food court bagai.

Bilik ada 2 katil king. Memang sesuai sangat la dengan kami berlima. Takdelah tidur kena berhimpit2.

Bila anak2 dah besar ni memang requirement mama akan cari bilik yang ada dua katil besar. Biar anak2 dapat tidur dengan selesa.

Atas meja ni macam2 info pasal lexis disediakan. Rajin dengan tak jer nak membaca risalah2 ni semua. Kat tepi tu memang banyak power point. So tak berebut nak charge handphones.

Hiasan tepi working table. Cantik pulak nampak bekas kaca ni.

Side table siap ada jam loceng.

Kat depan katil ada satu dinding yang memisahkan bilik tidur dengan tandas. Ada sliding door kat dinding ni. Pastu TV plak memang touch screen la. 

Inilah ruangan toilet di sebalik dinding tadi. Luas gila toilet dia. Lantai pun kenmain berkilat. Kat sini boleh bentang toto.

Toilet dengan bathroom separate. Kat belakang mama tu toilet. Opposite dia plak bathroom siap dengan bath tub.

Toilet luas dan memang bersih sangat2. Yang penting ada paip air.

Bathroom siap ada dinding cermin boleh tengok laut. Tapi kalau nak mandi jangan lupa turunkan bidai tu. Takut ada yang meneropong kat tengah laut.

Toiletries yang disediakan lengkap. Dekat dalam bathroom ada lagi satu set toiletries ni.

Wardrobe pun ada.

Antara barang2 yang ada dalam wardrobe ni. Siap penimbang pun ada.

Kat sini jugak ada lantai see thru. Boleh nampak air kat bawah. Adalah 2,3 ekor ikan melintas.

Habis tawaf dalam bilik, meh kita round kat bahagian luar pulak. Ini la yang paling ditunggu2 oleh anak2.

Private swimming pool dengan kedalaman 1.2 meter. Takdelah dalam sangat. Kembar dah melepasi kedalaman tu cuma hafiy jer yang tak lepas ketinggian lagi.

Pool ni takdelah privasi sangat sebab kami boleh nampak jiran sebelah tengah mandi. Kalau kat grand lexis memang betul2 privasi. Orang luar xleh nampak. Pastu tengah2 mandi ada banana boat lalu, ada helikopter lalu.

Tapi tu bukan jadi hal sangat pun. Yang penting pool ni kita punya jer. Tak yah kongsi dengan orang lain. Cuma pool ni tak sebesar pool dekat grand lexis.

Sambil tengok anak2 mandi pool bolehlah lepak mengopi2 kat tepi pool ni. Memang jiwa tenang sangat dok sini. Tak puas rasa duduk semalam jer.

Kalau nak bersauna pun boleh jugak. Kat tepi pool ni ada disediakan sauna. Tapi mama tak guna pun. Masa banyak dihabiskan dalam pool jer.

No comments:

Post a Comment