Sunday, July 21, 2019

3D Art Gallery

Lepas main kat themepark, kami masuk ke cameron square. Mula tu saja2 masuk jer.

Pastu terpandang signboard 3D art gallery. Terus ajak papa masuk sini. 3D art terletak kat tingkat 2.

Harga masuk pakej 2 dewasa n 2 kanak2 rm51. Hafiy masih foc.  Kat dalam kena buka kasut. Nanti pekerja akan bawa kasut letak kat pintu keluar. 

Kat dalam ni banyak gambar2 yang nampak hidup bila bergambar. Pastu kat setiap tempat tu ada diletakkan marking untuk cameraman amik gambar dari angle yang sepatutnya.

Marking tu banyak membantu kami shoot gambar. Kalau takde marking ntah apa2 output gambar kami nanti.

Gambar ni sebenarnya hadif dan hafiy berbaring atas lantai. Pastu bila rotate gambar nampaklah macam diorang nak jatuh dalam mulut badak.

Angel of 3HR.

Bahaya di mana mana sahaja. Kat depan ular tedung. Kat belakang helang pemangsa.

Macam mana nak selamatkan diri ni. Tawakkal jer la Hazim.

The singing parrot.


Dinasour kat tepi mama tu boleh keluar suara dan gerakkan kepala.

Besarnya mutiara kat dalam tiram ni.

Jom teroka laut dalam.

The giant octopus.


The incredible hulk.

Nakal si hadif ni pegang bontot spiderman. Terkejut kawan tu tengah kencing.

Hafiy tergelak tengok seluar incredible hulk terlondeh.






Gambar ni diambil oleh fotografer kat sini.


Nasib baiklah 3HR especially Hafiy bagi kerjasama penuh. Kalau tak hafiy ni kenmain susah nak bergambar.

Kat bahagian empayar cina ni sebenarnya ada costume maharaja cina yang boleh dipakai. Tapi mama tengok costume tu bersepah jer atas lantai. Tak confident nak bagi anak2 pakai.








Belakang mama tu ada mumia firaun. Anak2 semua takut nak masuk.

Zam zam ala kazam. Karpet terbang bawakkan aku ke kampung pasir berdengung.

No comments:

Post a Comment