Sunday, July 28, 2019

Hantu Durian

On da way balik dari lexis lalu depan gerai orang jual durian. Memandangkan ada hantu durian, of courselah akan berhenti tinjau2 dulu.

Mula2 papa jer turun tengok2 elok ke tak duriannya. Kalau dah turun tu wajiblah melekat sebiji dua. 

Serah kat papa jer la nak pilih durian. Papa biasa bab2 membeli durian ni. 

Mama tumpang menyibuk kat tepi jer. Mama bukan pandai sangat nak memilih durian isi elok. Mama cuma tau makan jer. 

Beli la dua biji untuk kami makan kat sini jer. Buat pelepas mengidam. Karang ada yang kempunan plak nanti. 

Elok2 manis isi durian. Ikut hati papa nak beli bawa balik tapi mengenangkan perjalanan makan masa 2 jam rasanya tak sanggup nak menahan bau semerbak kat dalam kereta. 

Si kecik baju merah ni hantu durian macam papa. Setakat 5,6 ulas tu sekali makan jer. Mama plak naik seram takut dia panas badan. 

Dah sama tema baju papa dengan isi durian. Puas hati cantik isi duriannya.

No comments:

Post a Comment