Sunday, July 21, 2019

Cameron Valley Tea House

Sebelum meneruskan perjalanan balik, kami singgah kat cameron valley tea house. Ni pun port wajib kalau datang cameron. Cuma kali ni servis agak slow. Dekat setengah jam beratur nak oder makanan. Naik lenguh kaki berdiri.

Kami order twist donut, red velvet cake, strawberry scones, ice lemon tea n masala tea.

Masala tea ni rasa rempah. Rasa bunga cengkih. Order small pot jer tapi dapat dalam 4 cawan jugakla.

Mama tak suka sangat rasa cengkih tapi sesekali minum bolehla. Papa plak memang suka sangat2 masala tea.

Anak2 muka dah muncung semacam sebab masing2 dah lapar. Kat sini pulak makanan alas perut jer la. 


Nanti turun baru cari kedai makan. Diorang ni nak kena makan nasi baru puas hati.


Lepas mengeteh baru la ada tenaga nak jalan dalam kebun teh. Sekejap je masuk untuk bergambar2.

Time ni tengah panas berdenting. Kat sini boleh naik 4x4 sampai atas bukit. Kami dah pernah naik sekali. Cukupla kot sekali sebab jalan dia kenmain curam.

Papa ni perut tak cover langsung. Papa cakap tu tandanya papa bahagia. Perut semakin maju ke depan.

Mak anak 3. Setakat ni la. Tak tau bila baru boleh bertambah ahli keluarga.

Puas jalan2 dalam ni kami terus gerak balik. Dekat pukul 3 jugakla baru kami gerak turun. Sampai puncak alam pukul 9 malam. Highway banyak tempat yang jem ditambah dengan hujan lebat.

No comments:

Post a Comment