Sunday, July 28, 2019

Hantu Durian

On da way balik dari lexis lalu depan gerai orang jual durian. Memandangkan ada hantu durian, of courselah akan berhenti tinjau2 dulu.

Mula2 papa jer turun tengok2 elok ke tak duriannya. Kalau dah turun tu wajiblah melekat sebiji dua. 

Serah kat papa jer la nak pilih durian. Papa biasa bab2 membeli durian ni. 

Mama tumpang menyibuk kat tepi jer. Mama bukan pandai sangat nak memilih durian isi elok. Mama cuma tau makan jer. 

Beli la dua biji untuk kami makan kat sini jer. Buat pelepas mengidam. Karang ada yang kempunan plak nanti. 

Elok2 manis isi durian. Ikut hati papa nak beli bawa balik tapi mengenangkan perjalanan makan masa 2 jam rasanya tak sanggup nak menahan bau semerbak kat dalam kereta. 

Si kecik baju merah ni hantu durian macam papa. Setakat 5,6 ulas tu sekali makan jer. Mama plak naik seram takut dia panas badan. 

Dah sama tema baju papa dengan isi durian. Puas hati cantik isi duriannya.

Great Memories In Lexis Hibiscus

Sedihnya rasa bila tiba waktu nak check out. Rasa belum puas lagi kami kat sini. Sekejap sangat. Next time kena datang 3 hari 2 malam baru puas hati.

Syukur anak2 enjoy dan seronok sepanjang percutian kami. Orang kata bawalah anak2 berjalan2, itu yang diorang akan paling ingat. Bukan harta benda yang kita curahkan. Semoga anak2 mama mensyukuri setiap memori indah kita bersama.

Jauh berjalan, luas pemadangan. Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan. Dapatlah mama papa bawa anak2 bercuti kat tempat yang exclusive sikit. 

Mama memang puas hati datang sini. Bilik best, environment best, makan best. Nikmat mana lagi yang hendak didustakan. Syukur.


View ni akan kami ingati dan rindukan selepas ini. Lepas ni tak tau bila la lagi kami akan menjejakkan kaki ke sini.


Tamat sudah percutian kami. Jomlah anak2 kita kembali ke pangkal jalan. Mama kena sambung kerja keras untuk kumpul duit nak bawa anak2 makan angin. 

Tak dapat makan angin kat luar negara, kat malaysia pun cukuplah. Yang penting kita semua ada bersama-sama.


Insyallah next time kita datang lagi. Doakan mama papa dimurahkan rezeki dapat bawa anak2 bercuti lagi.

Kayuhan Keluar Peluh

Kat dalam lexis ni banyak jugak aktiviti yang kita boleh buat. Ada tempat sewa basikal, motor, pusat game, soopa doopa hinggalah aktiviti mewah seperti naik helikoter dan cruise. Mama teringin nak naik helikopter tu. RM150 per person.

After breakfast papa dan twin mengayuh basikal. Nak bakar lemak2 yang makan tadi katanya. Basikal siap dengan helmet boleh disewa dengan kadar rm10 untuk 30 minit. Ada juga motor tapi kena tunjuk lesen motor baru boleh sewa.

Rayyan memang dah lama kemaruk nak mengayuh basikal. Masa gi avani beberapa bulan lepas, diorang baru discover yang diorang ni pandai mengayuh basikal. So excited la masing2 nak kayuh. 

Mama pun tak sangka diorang pandai kayuh. Tak penrnah2 belajar kayuh basikal pun sebelum ni. Setakat kayuh dengan tayar spare kiri kanan tu adalah. 

Laman rumah sempit jer camna nak belajar basikal. Kalau kat kampung lain la boleh belajar kat atas jalan jer. Kat sini mama tak harap nak lepas diorang main atas jalan. 

Gigihla 3 beranak ni kayuh basikal tawaf 1 lexis. Nasib la papa rajin nak melayan diorang.

Diorang kayuh sampai ke hujung sesungut bunga raya. Kiranya ni rumah paling jauh ke tengah laut. Rasanya harga untuk rumah ni yang paling mahal.

Sementara abang2 pergi kayuh basikal, mama teman hafiy main kat playground. Ajak mama main jongkang jongkit sampai kesudah hafiy tak jongkit. 

Pastu main gelongsor tapi main tak lama pun sebab hafiy bosan tak ada geng. Selalunya abang2 yang teman dia main. Ni kena main sorang2 tak seronok agaknya.

Pastu mulalah ajak mama balik bilik nak mandi kolam. Masa nak balik tu lalu depan kedai peralatan mandi, tu yang dia heret tangan mama nak beli pelampung tu.

Pastu kami terus balik ke bilik, then terserempak dengan abang2 tengah kayuh basikal area bilik kami. Sempatlah diorang menyinggah bergambar depan bilik kami dulu.

Mama ajak diorang mandi kolam pun tak layan. Main basikal lagi best dari mandi kolam. Takpelah biar mama berdua jer dengan hafiy berendam puas2 dalam kolam.

Umi Japanese Restaurant

Malam tadi semua tidur lena. Tak pasti sebab penat atau sebab tilam empuk sangat. 

Bangun pagi masing2 excited nak terjun kolam lagi. Apa2 pun kita kena breakfast dulu. 

Breakfast memang dah include dengan harga bilik. Rugi la kalau tak keluar breakfast kan. 

Tempat breakfast kat area lobi. Jadi kita gunakan servis buggy. 

Pagi ni kena tunggu lama sikit sebab buggy busy. Ye la semua orang nak gi breakfast kan. Sudah pasti diorang pun call buggy jugak. 

Masa menunggu tu kita manfaatkan dengan bergambar sekitar bilik. 

Pili bomba sebelah bilik kami. Tapi kenapa warna kuning? Bukan pili bomba warna merah ke? 

Tempat breakfast utama adalah di roselle coffee house. Tapi bila kami datang kat sini dah penuh. 

Kami kena jalan sikit ke depan untuk ke umi japanese restaurant. Kat sini tak ramai sangat orang. 

Walaupun nama restaurant ni jepun, menu breakfast menu asian lagi. Menu pun sama jer dengan roselle coffee house. 

Boleh tahan banyak juga menu yang disediakan. 

Budak2 suka la section ni ada coco crunch. Pelik betul setiap kali breakfast kat hotel mesti cari coco crunch. Macam la kat rumah tak pernah makan kan. 

Mama suka section yang ada pastries. Suka tengok macam2 bentuk pastries comel2. 

Anak bujang berdua ni dalam banyak2 menu, nasi lemak jugakla yang diorang nak makan. Walhal macam2 menu nasi mee ada. 

Jangan tertipu dengan pinggan mama ni. Ni baru 1st round. 

Mat saleh celup sorang ni kalau breakfast prefer roti2 jer. Memang konta dengan mama. Mama akan cari menu berat2 tapi papa suka ala2 english breakfast. 

Alhamdulillah kenyang kami anak beranak makan. Perut kenyang barulah tambah seronok percutian.

Saturday, July 27, 2019

Coralz Bistro

Masa check in siang tadi kami dapat voucher free drinks dekat Coralz Bistro. Mula tu tak terfikir pun nak guna voucher. Lepas kehampaan tak dapat tengok fire show, kami terus nak balik ke bilik. So tunggu la buggy. 

Kebetulan buggy lambat sikit. Tempat tunggu buggy ni pulak betul2 depan coralz bistro. So mama teringat pasal voucher tu. Teruslah tarik twin masuk sini dulu.

Orderla air free. Jus roselle untuk rayyans n tea untuk mama. Tapi macam janggal pulak minum saja tanpa makan.

So kami order sorang seketul dessert. Nak order makanan berat2 tadi dah siap dinner sebelum keluar. 

Hadif amik cheesecake, Hazim bkek black forest dan mama salted egg croissant. 

Croissant ni nampak biasa2 jer dari luar tapi sebenarnya sedap gila wei. Masa tengah taip ni pun terasa2 lagi salted egg dia tu.

Closed up bahagian dalam. Seriuosly memang sedap. Lemak2 masin manis rasa dia.

Hibiscus Walk

Waktu petang mama n rayyans keluar jalan2 sekitar lexis. Kami ke hibiscus walk. Hafiy lepas mandi pool tadi tertidur kepenatan. Jadi papa stay kat bilik untuk teman hafiy.

Mama dengan rayyans keluar nak tengok fire show kat tepi pantai. Katanya ada show pukul 830 malam.

Sementara tunggu buggy sampai, sempatlah kami bergambar2 depan bilik dulu. Serius betul muka dua beradik ni.

Buggy dah sampai, jom jalan2 round lexis.

Kami ke area lobi sebab kat sini ada taman permainan. Nak ke hibiscus walk kena lalu bahagian sini dulu.

Kasi chance rayyans main kat playground dulu. Nasib baiklah hafiy tak ikut. Kalau tak confirm tak nak gerak tempat lain. 

Kalau penat boleh rehat kat kerusi sarang burung ni. Bentuk kerusi ni macam sarang burung kan.

Tapi sebenarnya tak dapat nak duduk lama2 pun sebab ramai orang tengah tunggu turn nak bergambar kat sini. 

Kat area sini jugak ada pool. Kot2 bosan mandi kat dalam bilik bolehlah datang berenang kat sini. Pool ni luas kalau nak dibandingkan dengan pool kat bilik. 

Dah jalan sampai hujung baru jumpa hibiscus walk. Kat hujung hibiscus walk ada food court.

Masa kami sampai tu ada team tarian singa tengah melepak-lepak kat sini. Tertanya2 jugak mama ada function apa malam ni. 

Rupanya diorang tengah bersedia untuk menyambut ketibaan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk merasmikan projek Lexis 2. 

Kat sebelah hibiscus walk dah tersedia red carpet untuk menyambut Dato Sri. Sebelum rombongan lalu, kami rasmi dulu la red carpet ni.

Kami teruskan perjalanan hingga ke hujung hibiscus walk. Mama nak tengok apa yang menarik dekat food court. 

Kelapa mawar kot ni. Pokok rendah jer tapi berbuah lebat.

Akhirnya sampai juga kami kat area food court. Banyak jugak kedai2 makan kat sini. Cuma harga mahal la sikit dari luar.

Food court betul2 depan pantai. Sambil makan boleh layan sunset.

Sempatlah kami lepak basahkan tekak minum fresh orange.

Bersih pantai kat belakang. Ada buai tapi rayyans malas nak jalan ke sana. Kita amik gambar dari jauh sudahla.

Kami sebenarnya nak tengok fire show kat sini. Awal2 tu nampak showman dah bersedia tapi shownya x jugak start. Tup2 depa alihkan semua peralatan untuk show entah pergi mana. Frust jugakla kami tak dapat tengok show malam ni.

Pastu cadangnya nak tunggu jugakla tengok perasmian lexis 2 tu sebab dengar cerita ada bunga api. Tapi si kembar pulak mengantuk tak dapat nak tunggu. 

Akhirnya kami balik ke bilik tanpa melihat show api mahupun show bunga api. Takde rezeki.