Bila papa sebut jer nak ke Cameron Highlands, bawa semua anak-anak dia, mama dah berkira-kira, by hook or by crook, kene gak datang sini. Time datang ramai-ramai ni la baru seronok nak ke sini. Kalau kami berempat jer, mau tensen dok layan si kembar.
Semuanya gara-gara terpengaruh dengan cerita ombak rindu aron ajis tu. Walhal sebelum ni walaupun dah berkali-kali datang Cameron tak pernah tahu wujudnya ladang teh ni. Selama ni yang mama tau cuma Bharat tea tu jer.
Lokasi Boh Tea Sg Palas ni agak ke dalam dari jalan besar. Kena drive sejauh 3.5km melalui jalan yang amat sempit dan berliku-liku. Memang menggerunkan jalannya. Drive kena sentiasa membunyikan hon. Jalan muat-muat satu kereta, so kena berhati-hati apabila berselisih dengan kereta dari arah bertentangan.
Subhanallah, tempat ni memang cantik sangat. Berbaloi tempuh laluan berliku yang mama rasa macam jauhhhhh sesangat. Kalau ada yang bertanya, pasni mama nak datang sini lagi tak? My answer is NO. Hahahah..cukupla sekali jer. Dalam hati dup dap dup dap sepanjang perjalanan.
Nampak tak nun di atas Boh tea centre tu. Kami kena parking kereta kat bawah, then kena menapak naik ke atas. Maybe sebab time ni ramai pengunjung, laluan ke atas tu ditutup untuk kenderaan. Nasib baiklah cuaca kat sini sejuk dan redup. Jadi tak terasa sangat berpeluh nak sampai atas tu.
Pengunjung boleh pilih samada nak ikut laluan ladang teh atau jalan bertar untuk ke atas. Memandangkan baru lepas hujan, ladang teh sedikit becak.
Kami buat keputusan untuk ikut jalan tar sahaja. Masa turun nanti baru nak ikut ladang teh untuk bergambar-gambar. Jarak kena jalan kaki mama agak dalam 200m.
Yang jadi masalahnya, jalannya kena mendaki, bukan rata. Mama sedikit semput di situ yer. Nasib baiklah Rayyans berperangai elok. Diorang jalan sendiri, tanpa perlu didukung. Ni dukung just untuk bergambar sahaja.
Si Hadif plak memang tak heran langsung kat mama lagi dah. Mama berlenggang kangkung jer jalan. Elok gak, coz mama bukan boleh nak dukung diorang lama-lama. Mau tak tidur sakit pinggang.
Bila dah penat jalan, disuruh kakak-kakak angkat dia plak. Nasiblah kakak-kakak diorang ni rajin melayan.
Bila dah penat jalan, kami berhenti take 5 dulu. Orang yang jarang-jarang exercise macam mama ni memang terasa cepat betul penat.
Bila pandang bawah, pergh dah tinggi rupanya kami mendaki. Tetiba kagum dengan diri sendiri.
Gigih sungguh semata-mata nak berombak rindu kat atas nun.
Cantik sungguh pemandangan dari atas ni. Tenang jer rasa.
Banyak kali berhenti untuk bergambar dan hilangkan penat.
Yeayyy..finally sampai juga kami ke sini.
Rombongan cik kiah ke Sungai Palas
Thank you papa, sanggup susah-susah drive ke sini semata-mata nak memenuhi permintaan mama.
Yang pastinya kat sini ramai gila orang. Ye la, tempat nk dah well known kan. Jadi ramailah orang datang berkunjung ke sini.
Bersusah payah kami merentasi lautan manusia untuk ke anjung ni. Meja makan kat area sini confirm fully seated memanjang.
Indah sungguh ciptaan yang Maha Esa.
Tetiba langit yang cerah bertukar gelap. Hujan turun dengan selebat-lebatnya. Syukur kami sempat sampai kat atas ni. Kalau tak, habis basah kuyup. Menjadi memori daun teh la jawabnya.
Bila langit hujan dan cuaca sejuk, didatangkan dengan pakej perut yang
berkeroncong. Maklumlah, perut ni dah biasa breakfast dengan nasi. Pagi tadi cuma makan roti jer.
La ni plak memang dah time untuk lunch. Tapi kat atas ni pun cuma ada makanan yang ringan-ringan saja. Kami makan sandwich salad krup krap ni untuk alas perut.
Dan juga pemanis mulut ni...ada skon, strawberry coklat cake, banana carrot cake dan coklat roll.
Nikmat sungguh dapat makan di dalam suasana yang tenang dan dingin. Kami stuck kat atas ni selama 2 jam, tunggu hujan berhenti.
Sementara tunggu hujan reda, kami pusing-pusing kat sini dulu. Ada dipamerkan peralatan untuk membuat teh di zaman dulu, ada kedai souvenier, ada tayangan video..kalau nak melawat kilang pun boleh juga.
Sebelum turun ke Brinchang balik, kami sempat mengabadikan kenangan di celah-celah pokok teh. Pastu hati mula dup dap dup dap balik bila mengenangkan keadaan jalan masa nak turun nanti. Ditambah lagi selepas hujan, jalan lebih licin.