Friday, March 1, 2013

Two One Grill

Last nite dinner kat situ. Restoran ni letaknya kat jalan kuang. Setiap kali gi amik angah dari opis, kami mesti lalu kat depan restoran ni. Tapi tak terbuka hati nak singgah pun. Lepas baca pasal restoran ni dari blog kak jee barulah terbuka hati nak singgah.

Restoran ni betul-betul kat tepi jalan jer. Before traffic lite nak ke bukit rahman putra. Konsep dia ala-ala kampung. Perabut semua diperbuat dari kayu. Nampak macam antik sikit. Macam cerita cowboy kat dalam tv pun ada gak.

Kami pilih meja atas pangkin. Betul-betul kat depan kaunter. Nak naik ke pangkin ada tangga kayu 3 keping. Rayyans macam takut-takut nak naik. Malam ni kami makan bersila ya.

Pangkin ni berpagar kelilingnya. Jadi mama tak perlu risau Rayyans berlari sana-sini. Pusing-pusing pun setakat kat atas pangkin ni jer. Cuma kena perati kot-kot diorang terjun dari pagar tu coz pagar tu takat peha diorang jer.

Lupa nak mention, tokey kedai ada sediakan parking untuk customer. Kena drive masuk lorong tepi restoran dalam 20m gitu. Jadi tak perlu risau pasal takde tempat parking la.

Menu dia pun simple-simple jer. Tak banyak pilihan makanan yang mengarut-ngarut tu. Kalau western food macam steak, lambchop, chicken chop tu memang ada. Pilihan nasi dengan ikan bakar pun ada. Tapi ikan tu limited la jenisnya.

Masa kami sampai cuma ada satu famili jer tengah makan. Jadi tak perlu risau pasal makanan lambat sampai. After kami order, then baru ramai orang datang. So far servis dia cepat juga.  

Mama ordered set grilled lamb. Dalam set ni ada 3 keping kambing tau, siap dengan air lemonad dan sepotong carrot cheese cake. Sos tu plak campur blackpepper, mushroom dan rosemary sos. 

Carrot cheese cake untuk set mama order. Harga set ni cuma RM18 jer. Mana nak dapat harga lambchop macam ni kat tempat lain. Rasa pun sedap.

Papa ordered set grilled lamb dengan nasi. Set ni pun harganya RM18. Bezanya dengan set yang mama order, dia ada 2 keping lamb, nasi dan buah tembikai serta air lemonad. Berbaloi-baloi membayar.

Untuk Rayyans, mama ordered set untuk kanak-kanak sorang satu. Set ni ada grilled chicken, jagung bakar, fries, aiskrim dan air soya. Harga satu set ni cuma RM7 sahaja.

Suka anak mama dapat makan dari pinggan sendiri.

Air lemonad dan soya

Memang puas hati datang makan sini. Food sedap, servis ok, harga murah. Except ada nyamuk jer 2,3 ekor. Adatla sebab makan kat tempat open space. Tu pun tokey kedai dah letak ubat nyamuk kat bawah tangga.

Pas makan papa dah tersandar kekenyangan. Total kami makan berempat malam ni RM50. Seronoknya bila makan kat restoran macam ni bila takde servis charge, tax yang mengarut-ngarut tuh.

No comments:

Post a Comment