Sunday, March 17, 2013

Setia City Mall

Dah lama mall ni buka tapi hari ni baru ada kesempatan nak jejak kaki. Wiken asyik bz jer manjang. Dok dengar orang bercerita kat Setia City Mall ni ada macam-macam. Ala-ala shopping mall besar macam sunway pyramid, klcc bagai. So niat pergi hanyalah untuk mencuci mata, bukan bershopping. Kalau membeli pun setakat barang makanan aja.

Banyak juga tempat makan menarik kt dalam ni. Ada kenny rogers, tgi friday...pastu outlet2 barang-barang branded. Tapi yang tak bestnya, setiap tingkat ada kereta mainan ni. Sudahnya, memang tak masuk kedai la dok menunggu Rayyans main kereta.

Playland untuk kanak-kanak pun ada. Bayaran masuk untuk wiken RM12 per head untuk sepanjang hari. Tiada limit masa. Mak bapak FOC. Parents boleh masuk dalam kawasan playground memerhatikan anak-anak main.

Kenmain seronok lagi diorang main kat dalam ni. Tambah lagi masa kami sampai tu takde orang. Cuma diorang berdua yang qonquer semua mainan. 

Tapi bila dah start orang ramai masuk dalam ni, mula la diorang buat hal. Sampai nangis-nangis ajak keluar. Mama dah hangin satu badan coz dah beli tiket RM24 untuk diorang berdua.

Kat belah luar ada macam-macam lagi permainan yang menarik perhatian si kembar. Tu yang meraung nak keluar dari playground tu. Permainan kat luar ni kena bayar per game.

Antara game yang ada kat sini...

Gitar

Musical car

Kereta lumba

Kapal terbang

Menembak

 Drum

Kat sini dia pakai sistem touch n go. Kita gi kat kaunter, cakap nak beli untuk berapa RM? Then msa nak main tu, just touch jer kad dekat game tu. Setiap game harga beza-beza. Harga dalam RM1.50 - RM3 per game. Then kad tu automatically deduct balancenya.

No comments:

Post a Comment