Sunday, March 10, 2013

Giant Banting

Anak-anak bangun awal pagi ni coz excited. Sebelum tidur malam tadi mama dah pesan kat diorang esok nak gi mandi kolam. Mama plak, pagi ni baru terhegeh-hegeh nak packing baju. Lepas packing, sediakan sarapan pula. Kali ni tak tergesa-gesa untuk packing sebab lokasi percutian dekat jer kan. Tambah plak waktu check in adalah 3 petang. Ada banyak masa.

Pukul 10.30 pagi kami keluar dari rumah. Kalau ikutkan awal lagi tapi kami tak biasa dengan area Banting atau Morib. First time ni nak ke Banting. Harap-harap tak sesat. Kami ikut SKVE untuk ke Banting.

Sampai kat Banting pukul 12 tengahari. Masih ada banyak masa sebelum check in. Ternampak sigboard giant kat tepi jalan, so papa pusing kereta masuk giant dulu untuk mengabiskan masa.

Sempatlah shopping makanan untuk bekal kat hotel nanti dan beli sehelai sorang baju untuk Rayyans. Kebetulan ada sale.

Lepas shopping, masa nak keluar dari giant, Rayyans ternampak taman permainan. Tersadai kat sini plak hampir sejam dok tunggu Rayyans main.

Semua permainan yang ada kat sini diorang nak cuba.

Aksi 2 beradik berebut kereta. Kereta ni tak perlu dimasukkan duit untuk dia bergerak. FOC. Lagi seronok la diorang main. Bila kereta stop, dia tekan button suh gerak lagi.

Bila jam dah menginjak pukul 1.30 barulah kami nak gerak ke Morib. Tapi sebelum tu sempat timbang si Rayyans. Ni berat Hazim, 16.3kg. Tinggi pula 91cm. BMI 19.7. Kalau baca kategori BMI, BMI bawah 20 dikira underweight? Hazim macam tak jer...

Ni tak lain tak bukan berat Hadif, 17.9kg. Beza 1.5kg dengan Hazim. Padanlah bila dukung terasa berat semacam. Tinggi Hadif dah 93.5cm...of course lebih tinggi dari Hazim. BMI plak dikira ideal, iaitu 20.5.

No comments:

Post a Comment