Thursday, March 28, 2013

Nasi Kukus Pantai Timur

Mama diperkenalkan dengan restoran ni oleh housemate mama, student MSU masa mama mula-mula pindah ke Shah Alam. Restoran ni glamer dikalangan student sebab harganya murah. Kedai dia simple jer. Cuma buka sebelah petang sahaja. Dari satu pintu, kini dah jadi dua pintu.

Kat sini makanan dibungkus dalam kertas. Takde pinggan mangkuk ya. Dulu kalau makan sini cuma ada air suam atau ais kosong jer. Tapi sekarang dah up, ada tukang buat air dah.

Petang-petang memang beratur panjang orang dok membeli. Kalau ke sini, mama wajib amik burung puyuh goreng berempah. Rasanya manis-manis gitu. Tapi tak boleh selalu makan, kolestrol uols.

No comments:

Post a Comment