Tuesday, March 12, 2013

Restoran Thai Garden

Mulut ni terasa nak makan tomyam. Dah lama tak merasa tomyam sedap gila. Kebetulan ada restoran baru buka kat jalan Sg buloh awal bulan 3 aritu. Hari ni kami saja la singgah nak testing makanan sedap ke idak.

Actually, sebelum ni restoran lain yang dok sini tapi dah tutup. Sepanjang mama dok ulang alik jalan ni kalau tak silap Thai garden ni restoran yang ke 4 or 5 dah. Yang dulu-dulu asyik bertukar jer ownernya.

Restoran ni betul-betul berdepan dengan penjara sg buloh. Kami singgah makan after balik dari opis. So memang takde orang makan pun lagi kat sini. 

Lanscape restoran Thai Garden ni boleh tahan cantik jugak. Ada air terjun siap. Kalau bawa Rayyans ni sure nak terjun dalam kolam tu.

Menunya simple jer. Ada 3 keping. Ni menu untuk set. Tapi kami pilih ala carte aja.

Menu wajib ada di setiap restoran ala thai ni. Yang beza cuma tang rasa, either sedap atau tidak. 

Pilihan minuman
 
Me minum fresh orange. Papa amik barli ais.

Wajibla order tomyam. Kata tekak ngidam nak makan tomyam. Masa tengok menu, harga tomyam campur RM8.50. Agak mahal dibandingkan dengan restoran lain area sini. Tapi lepas dah rasa, berbaloi bayar mahal sebab sedap. Isinya pun banyak. Tomyam ni yang guna santan rasanya. Coz kuah dia pekat.

Siakap stim asam boi. Salah satu recommended menu kat sini. Mama pilih ikan saiz S aja. Harganya RM25. Masa order tu kena cakap kat pelayan samada nak saiz S, M or L. Stim asam boi ni seriously sedap gila.

Sayur wajib ada pula kailan ikan masin. 

Puas hati makan bila dapat food yang sedap. Tapi tak boleh nak hadap ni jer setiap hari. Tokey karpet pun boleh gulung karpet kalau nak makan yang mahal aja. Sekali sekala tu bolehla.

1 comment:

  1. Salam,

    Jemput ke Warung Ayam Penyet Mar di Kampung Melayu Sg. Buloh.
    Rasai keenakkan puyuh penyet, keli, talapia, bawal, kembung dan ayam penyet yg di perap dgn rempah giling,
    terasa rempah hingga ke tulang. Sotong dan udang penyet kami menggunakan tepung tempura yg terbaik.

    Satay kambing dan satay ayam menggunakan resepi asli jawa timor..kacang di sangai dan di giling bersama rempah asli jawa timur..enak di makan bersama nasi panas2...

    http://ayampenyetmar.blogspot.com/

    ReplyDelete