Sunday, March 31, 2013

Asam Pedas Kepala Ikan Merah

Semalam kat NSK ada beli kepala ikan merah. Sekeping harganya RM15. Papa suka makan kepala ikan ni, sebab tu mama beli. Puas hati bila mama masak tengok papa makan dengan beria. Lunch hari ni mama masakkan asam pedas...fuhhh..meleleh..berkali-kali papa tambah nasi.

Asam pedas versi mama. Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis bahan yang diblend sampai garing dan masukkan cili giling. Pastu masukkan air, daun kesum, bunga kantan, daun limau purut, air asam jawa. Bila dah mendidih masukkan bendi dan kepala ikan. Perasakan gula dan garam.

Ikan sardin bakar pelengkap menu kami hari ni. Ikan sardin tu untuk Rayyans sebab diorang tak boleh makan asam pedas. Karang bertambah cirit birit anak mama.

Klinik

Dah siap breakfast kami terus ke klinik kita kat sungai buloh. Risau juga kot-kot cirit Hazim tu melarat. Masa kami sampai kebanyakkan pesakit adalah budak lelaki baya Rayyans. Hmmm..musim demam kembali agaknya. Ditambah dengan cuaca yang agak panas sekarang ni. Budak-budak lebih cepat terdedah kepada penyakit.

Ni Hadif poyo baring atas riba papa..mengajuk Hazim yang merengek sakit. Masa dok tunggu turn nak jumpa doktor, ada orang tanya mama umur Rayyans ni selang setahun ke?

Itulah si Hadif ni dah terlebih besar berbanding dengan Hazim. Sampaikan orang dah tak boleh cam yang diorang ni kembar. Hari ni doktor bertugas orang singh. Tak berkelip mata Hazim pandang doktor. Yang bestnya, setiap apa yang doktor tu suruh dia buat, dia ikut jer tanpa banyak ragam.

Mihun Goreng Di Pagi Ahad

Malam tadi Hazim dok terberak-berak sampai tak lena tidur. Jadi pagi ni pagi-pagi lagi mama dah bangun masak breakfast. After breakfast kami ke klinik, bawa Hazim jumpa doktor. 

Mihun goreng tanpa cili. Just letak kicap dan sos tiram. Risau juga takut melarat cirit birit tu. Hazim baru start nak makan dengan betul, kalau cirit nanti confirm nafsu makan merudum.

Untuk hidangan sampingan, mama buat salad buah jer. Kebetulan stok buah banyak dalam peti sejuk. Kalau nak tunggu makan gitu-gitu jer confirm busuk dalam peti tu. Kalau buat salad laju jer habis.

Menu simple kami hari ni...after breakfast terus bersiap ke klinik kat sungai buloh. Kat sana ubat dia lebih serasi dengan Rayyans. Dah cuba pergi kat klinik lain, tapi kesannya lambat baik.

Saturday, March 30, 2013

Dinner At Home Sweet Home

Hari ni mama just masak untuk dinner. Tengahari tadi kami ada jemputan kenduri kahwin kat lorong kami ni. So perut dah kenyang makan nasi minyak. 

Menu dinner kami malam ni adalah kailan ikan masin, sup ketam dan sotong goreng kunyit. Alhamdulillah..

Sup ketam. Tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk. Masukkan air dan sup bunjut. Bila mendidih masukkan ketam, segala sayur mayur dan perasakan garam dan lada sulah. Mama tak letak cili ya...
 
Sotong goreng kunyit bodo-bodo


Kailan ikan masin yang teramat special. Nak tau kenapa specialnya?

Sebabnya kailan ni dari pokok yang kami tanam sendiri.

Tea Time

Balik dari kenduri tadi 3 hero tertidur kekenyangan..kepenatan..dan kepanasan. Terik betul cuaca sekarang. Panas berbahang. Dah beberapa hari tak hujan kat puncak alam n. Walaupun kat tempat lain hujan, puncak alam ni susah nak dapat hujan.

Bangun jer dari tidur, Rayyans terus minta nasi. Alamakk...baru pukul 5 petang. Mama tak masuk dapur lagi ni. Bagi diorang makan biskut kering cicah air nescafe dulu la.

Walaupun biskut kering jer, bila dah lapar semua benda jadi sedap. Habis berkeping-keping diorang makan.

Sambil-sambil bertea-time, layan cerita CZ12 kat Astro First. Best cerita ni. Tak rugi beli. Lakonan Jackie Chan memang tak pernah menghampakan.

V.I.V.A

Lepas shopping kat NSK, papa hantar kami balik rumah then keluar balik ke bengkel. My viva kesayangan perlu ditukar timing belt dan diservis.

Lagi 7km jer lagi mileage dah nak cecah 200,000. Jauh perjalanan viva ni. Banyak jasa viva ni kat kami sekeluarga. Tanpa viva, patahlah kaki kami.

Organ dalaman...semoga viva kesayangan mama ni terus menyumbang jasa buat kami. In sha allah, viva ni mama takkan jual sampai bila-bila. Banyak kenangan woooo...

Selepas tukar timing belt. Kononnya nak snap gambar mileage cukup-cukup 200,000km..sekali tak perasan terlepas sudahhh...

McDonalds

Anak-anak dah mula menyebut nak ke McD setelah agak lama tak ke situ. Maklumlah, setiap hujung minggu ada jer plan...ada jer benda yang dibizikan. Minggu ni kami tak kemana-mana, just amik peluang berehat sepenuhnya.

Seperti biasa, kami lebih suka ke McD untuk breakfast. Waktu-waktu gini orang tak ramai sangat. Anak-anak pun dapat main kat playground lebih bebas bila tak ramai budak.

Seperti biasa juga, tak sah ke McD kalau Rayyans tak pow barang mainan. Kali ni mainan The Croods plak. Kat rumah tu dah boleh buat koleksi mainan McD.

Sekarang ni dah tak boleh beli set breakfast untuk 2 orang makan. Kena beli yang box untuk 3-4 orang makan tu coz Rayyans dah makan macam orang dewasa.

Kalau dulu, masuk jer McD terus terkam mainan dulu. La ni, tunggu mama order, makan siap-siap then baru masuk playground.

Mama suka bila tengok diorang makan beria.

Papa pun dah kurang rasa tertekan time makan. Kalau tak asyik berangin jer bila tengok anak tak nak makan.

Lepas breakfast kami ke NSK Meru membeli barang dapur. 2 hari ni mama plan nak masak untuk anak-anak dan suami tercinta.

Friday, March 29, 2013

Rayyans & Keretapi

Sejak diorang kenal Thomas, watak keretapi dalam kartun tu, setiap hari minta keretapi. Kita ni sebagai ibu, tak sampai hati nak menghampakan permintaan anak-anak. Nak-nak setiap pagi, bila hantar ke pengasuh, anak hulur jari kelinking suh janji "nanti mama balik keje mama beli thomas ya".

Balik opis tadi, singgah pasar malam nak cari Thomas. Tapi sayangnya, ada satu jer. Mana boleh beli, berebut diorang nanti. So mama beli la juga keretapi yang ada sekali dengan landasan. Keretapi tu boleh gerak pakai bateri.

Bila dah nama Rayyans, sekejap jer diorang main dengan betul. Pastu keretapi kemana, landasan kemana. Hangin jer mama. Dahla satu set harga RM15. Dua set dah jadi RM30.

Tak cukup dengan keretapi, kotak pun diorang main gak. Tutup kepala dan mata pastu pura-pura jadi raksasa. Alahai anak....

Balang Kaca

Tadi lunch hour merayap ke Space U8. Cadangnya nak makan spagheti kat Scrummy. Elok jer kami melabuhkan bontot kat dalam kedai, waiter plak cakap kedai tutup sebab ada masalah kat dapur. Hmmm..habis gas kot. 


Nak ke food court pun takut hampa gak. Food court tu macam hidup segan mati tak mau dah. Last time, mama jue gi makan sana bahagian air dah tutup. Takkan nak makan tanpa minum kot, tercekik eden. So weols semua makan nasi campur kat satu-satunya gerai yang ada kat tepi lif ni.

Cubaan pertama pakai tudung jenis ni. Hahaha..bolattt gila muka ai. Anyway...ai makan nasi putih lauk daging goreng dan ayam masak lemak.

Tudung kami kembar


Pas lunch merayap ke kedai DIY. Itu jer la kedai yang menarik dan hidup kat sini. Dari tak plan nak beli apa-apa, terbeli jugak balang kaca ni. Sebab comel sangat. Tertarik mama tengok. Cuma yang frust takde kaler pink. Tapi takpe, kaler biru pun cantik gak.

Now balang-balang comel ni dah selamat diisi dengan stok 3 in 1. Tapiiiii...tak cukuplah 3 balang ni. Kat rumah ni banyak stok 3 in 1. Lain kali nak ke DIY lagila..nak cukupkan set 6 biji. Oh ya, bekas kurus tu mama letak minyak masak.

Nasi Dagang

Hari jumaat kami suka breakfast kat restoran Sri TTDI. Sri TTDI ni lambat skit bukanya setiap pagi. Jadi kalau makan kat sini, sure papa terlambat masuk opis. Tapi bila hari jumaat, papa boleh masuk lambat skit. So bolehlah kami breakfast sini.

Pagi ni mama makan nasi dagang berlaukkan kari daging. Kalau kat area sini, nasi dagang kat Sri TTDI ni antara yang paling sedap (tapi tak boleh lawan kesedapan nasi dagang my bonda).

Papa seperti biasa, masih setia dengan lontong.

Kat sini, setiap hari jumaat akan ada satu grup amoi-amoi taichi datang makan kat sini. Kami suka tengok gelagat diorang makan. Bayangkan cina-cina amoi tu makan makanan kelantan dengan penuh ghairah. Hahhaha..that is one of the reason kenapa kami suka datang sini hari jumaat yang penuh barakah.

Thursday, March 28, 2013

Nasi Kukus Pantai Timur

Mama diperkenalkan dengan restoran ni oleh housemate mama, student MSU masa mama mula-mula pindah ke Shah Alam. Restoran ni glamer dikalangan student sebab harganya murah. Kedai dia simple jer. Cuma buka sebelah petang sahaja. Dari satu pintu, kini dah jadi dua pintu.

Kat sini makanan dibungkus dalam kertas. Takde pinggan mangkuk ya. Dulu kalau makan sini cuma ada air suam atau ais kosong jer. Tapi sekarang dah up, ada tukang buat air dah.

Petang-petang memang beratur panjang orang dok membeli. Kalau ke sini, mama wajib amik burung puyuh goreng berempah. Rasanya manis-manis gitu. Tapi tak boleh selalu makan, kolestrol uols.

Birthday Kak Hanim

Opis adalah seperti syurga minggu ni sebab dua-dua bos takde. Hahahah..heaven. Kebetulan hari ni birthday Kak Hanim. Kak Hanim telah bermurah hati nak belanja weols semua makan pizza. Yeahhh..its girls party.

Me with birthday girl. Plan asal nak makan pizza hut tapi berpuluh kali kami call nan hado berangkat. Frust weols tau..mencik pizza hut. Dah dua hari weols call tak berjawab. Baik buang ke longkang jer la hotline tu.

Backup plan, weols call Dominos. Sekali call jer terus berangkat. Senang keje tukang order. Weols order party pack, ada 5 keping pizza, twisty bread dan dynamic duo.

Amik ko, 5 keping pizza untuk 5 orang makan. Sorang sekeping. Pas makan perut aku berlipat-lipat. Perisa yang kami pilih adalah extravaganza, beef pepperoni, classified chicken (yang ni sedap gila..cheese tebal), meat wonder dan metasaurus.

Tak cukup dengan pizza, weols tambah order 2 bekas spagheti dan lasagna. Memang bughok lantak betul.

Pastu ada plak yang rajin turun mekoda beli mushroom soup segera. Cuma tambah air panas aja.

Tq kak hanim belanja kami makan hari ni. Saat-saat bahagia kerja kat sini. Dulu berenam, sekarang berlima, next month tinggal berempat jer. One after another meninggalkan company ini.

Wednesday, March 27, 2013

Pizza Time

Menu dinner malam ni adalah pizza. Bukan yang mama buat yer, tapi beli ready made. Tunggu masuk oven dan panaskan aja. Jimat masa dan tenaga mama. Sekali sekala bolehla makan gini.

Pizza selepas dibakar. Kalau tak silap mama pizza ni jenama ticious kot. Mama beli kat giant. Harga dalam RM12. Kotak dia kaler merah. Yang ni perisa beef pepperoni.

Buat juga salad n mushroom soup. Takdelah makan pizza semata. Sedap juga pizza ni rasanya. Crust dia nipis jer, tak tebal sangat. Rangup.

Mama underestimated Rayyans. Ingatkan diorang tak suka makan pizza tapi sangkaanku meleset. 2 slice dorang diorang makan. Terpaksalah mama n papa mengalah, makan sikit jer.

 Ginila gaya dua beradik bila dah kenyang. 

Sampai terbaring minum air.

Lepas tu sambung lagi makan cheesecake. Hurmmm..mana la tak bolatt anak mama.