Keluar jer dari plan b akan nampak gerai2 jualan barang kraftangan dan souvenier.
Si kecik mama ni tan tentu arah nampak banyak barang comel2 yang boleh dijadikan permainan.
Ais kepal ada jual kat sini. Tapi masih terlalu awal nak makan air batu. Lagi pula kami baru lepas breakfast.
Mama strike a pose di tengah2 laluan. Rugi rasanya kalau tak simpan memori kat sini.
The streets. Kiri kanan ada gerai. Lorong yang dulunya suram kini menjadi tumpuan pelancong.
Kami hanya mengikut kaki melangkah. Jumpa sudut yang menarik, photographer terus memainkan peranan.
Kenapa pandang mama tu hafiy? Masa ni mesti tengah fikir nak bangun berdiri sebelah mama.
Hafiy jumpa kawan baru. Jangan ikut balik rumah sudah la. Huru hara jadinya.
Kami beratur ikut ketinggian di lazy lane. Biar jalan je yang malas nak bergerak, jangan korang pulak yang malas nak belajar nanti.
Akar pokok yang dah berusia ratusan tahun. Hafiy cakap macam ular mama. Erk..mama pulak yang naik seram takut betul2 ada ular.
Hadif cuba mengayuh basikal lama. Arwah atuk mama dulu ada basikal macam ni. Susah nak kayuh sebab ada palang.
Dinding usang yang menjadi tarikan kini. Tak pasti dulu ni adalah rumah atau kedai.
Akar pokok yang dah mati menjalar ke seluruh dinding. Kat sebelah ni adalah tandas. Kat tandas pun beria nak amik gambar.
Kedai2 antik yang menjual pelbagai jenis barangan. Nampak uzur cuma dari luar tapi dari dalam menarik. Owner kedai dah decorate cantik2.
Jom kita intai apa yang ada kat dalam. Kot2 ada benda yang menarik perhatian mama untuk shopping.
Another spesis akar kayu. Ni spesis tumbuhan menjalar. Pokok2 ni membuatkan lorong ni jadi redup dan sejuk.
Mengintai dari tirai kamar. Kat dalam ni adalah kedai kopi. Suka tengok deretan tingkap yang beri cukup cahaya dan udara ke dalam bangunan.
No comments:
Post a Comment