Tadi kawan mama, ria datang buat submissions kat office mama. Jadi ria ajak mama lunch sama. Sedang elok la tu sebab hari ni mama tak ada geng makan. Geng makan semua pergi jamuan deepavali dekat ofis pantai dalam.
Kami ke nandos kat sacc mall. Rupanya ria pun suka makan nandos. Siap register sebagai pelanggan nandos. Mama memang tau pasal ahli ni tapi bila nak register tak berjaya mama terus fed up. So kali ni mama try register lagi then berjaya. Senang sebab boleh install nandos dari playstore.
Bila jadi ahli nandos ni setiap kali kita spent lebih dari rm30, kita akan dapat satu token cili. Bila dah ada 3 cili boleh redeem 1/4 ayam for free. First timer akan dapat 1 cili for free. Kita boleh kumpul sehingga 9 cili untuk redeem sekor ayam.
Kami order set 1/4 chicken with 2 side dishes. Mama pilih potato wedges dan coleslaw. Ayam tu tak agak2 mama minta hot peri peri.
Ria pula pilih side dishes fries dan salad. Ayam ria pilih sos mild sahaja.
Pastu gi tambah ceaser salad lagi. Sudahnya tak habis pun makan sebab dua2 dah buntang. Salad tu mama bungkus makan kat ofis jer petang tadi.
Bukti kami dating berdua jer hari ni. Air pilih air yang boleh refill banyak kali. Mama minum coke, ria minum ais lemon tea.
No comments:
Post a Comment