Saturday, November 10, 2018

Cempedak Goreng

Dua hari lepas mama ada site inspection dekat bukit beruntung. Dekat site ada orang jual buah cempedak. Papa beli dua biji cempedak dengan harga rm12 jer. Murah yang amat.

Mama memang dah lama mengidam nak makan cempedak goreng. Tapi bila mengenangkan harga rm5 cuma dapat 4 ulas, terus mati selera.

Kali ni dah dapat dua biji goreng sendiri baru puas hati makan. Adunan tepung mama guna resepi Kak Azie Kitchen. Setakat ni resepi kak azie yang paling best sebab adunan tu rangup bila digoreng.

Resepi cempedak goreng:

2 senduk tepung beras
1/2 - 1 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung - opsyenal
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya

Cara cara:
  1. Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. 
  2. Masukkan isi cempedak ke dalam adunan tepung. Gaul rata.
  3. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.
  4. Angkat tinggi tinggi supaya terhasil keropok keropok yang banyak dan garing krup krup.

Alhamdulillah pagi ni dapat breakfast dengan cempedak goreng dan donut. Donut tu ciknik buat dan frozenkan. Last week cikla pergi jb, so ciknik kirim donut ni dekat cikla. Pagi ni mama gorengkan untuk breakfast.

Hafiy pun dah confius nak makan yang mana satu.

Tak sangka hafiy suka makan cempedak goreng tu. Maybe sebab dia rangup.

No comments:

Post a Comment