Saturday, March 25, 2017

Nick's Gastro

Dinner ngan western food malam ni. Plan asal nak gi satu restoran ni yang viral pasal menu dalam talam. 

Bila kami sampai, kedainya tutup pulak. Ni yang malas ni. Penat mek bersiap lawa2 nak keluar makan.

Tujuan asal nak makan western food, jadi kita gi la kat kedai western food yang lain. Kalau kat puncak alam nick gastro la yang terpaling femes.

Nasib baik kat sini ada set talam jugak. So untuk mengubat hati yang lara, mama order set big nick.

Harga satu talam rm45. Ada tiga jenis spaghetti, bologneise, carbonara dan aglio olio. Ada chicken chop, lamb chop dan sosej. Kentang n coleslaw sekali. 

Satu talam ni boleh la makan untuk 3-4 orang. Tapi mama n papa bedal berdua jer. Licin talam. 

Rayyans nak makan burger. So order set burger junior untuk diorang sorang satu. Licin budak2 makan sambil main dekat kids corner.

1 comment: