Aktiviti petang anak beranak sure la mandi pool. Rayyans dari check in lagi dah dok berzikir kat tepi telinga nak mandi. Bila papa jegil mata, senyap la kejap. Pastu mula la berzikir balik.
Hafiy ni susah sikit nak amik gambar dia. Kurang bagi kerjasama. Ni gambar paling ok dah ni.
Kalau tak, tunjuk bontot jer kat mama. Hero2 lain semua elok pandang kamera. Dia jer peel lain dari yang lain.
Mula2 kami pergi pool yang paling dekat dengan bilik. Tapi dalam pool penuh dengan daun2 kering. Kansel nak mandi sini.
Pastu menapakla ke kolam paling atas. Ikut kata pekerja hotel, kat sana air lagi bersih.
Pool kat sini ada tiga section. Section kiri kanan untuk budak. Section tengah untuk dewasa. Part yang ada air terjun tu kolam dewasa yang lebih dalam. Kami nak ke kolam yang ada payung putih tu.
Jauh jugakla nak menapak. Tapi dengan suasana kehijauan ni tak terasa pun jauh. Redup jer mata memandang.
Abang2 dah laju ke depan. Tak sabar nak berendam. Suka tengok pemandangan dan kehijauan kat sini.
Si hafiy plak langkahnya asyikla melencong saja. Orang jalan lurus, dia sibukla ke kiri ke kanan.
Berjalan ngan hafiy ni lagi lambat la nak sampai pool. Asyik berpatah balik jer kakinya. Naik tensen dah abang2.
Nampak gaya mama dah kena beli swimming suit lain untuk abang hadif. Dah nampak keketakan kat situ.
Bagi can kat papa jer jaga diorang. Mama melepak kat tepi pool jer. Ingat nak bersantai2 dengan tenang tapi nan hado. Gangguan dari nyamuk membantutkan mood.
Pool ni cetek jer airnya. Bolehla lepas hafiy main sendiri. Lagipun kat pool cuma ada kami jer. Orang lain dah jemu agaknya mandi pool.
Dua anak bujang mama yang semakin membesar. Darjah dua dah tahun. Rasa macam baru jer bersalinkan diorang.
Membuli abang jer kejenya. Tak pasal2 abang kena jadi kuda dalam air.
Tengah2 syok mandi tetiba langit gelap. Hujan rintik2 mula turun siap dengan guruh.
Tak berani nak bagi diorang mandi dalam hujan. So kami gerak balik bilik.
Jadilah walau pun sekejap jer mandi kolam. Lepaskan gian anak2 lama tak berendam. Towel belang tu memang disediakan dalam bilik 2 helai.
Sampai jer kat tangga bilik kami, hujan turun selebat lebatnya. Nampak gaya tak dapat nak keluar dinner.
Pas berenang anak2 kelaparan. Nak keluar makan hujan pulak. So bagi diorang alas perut dengan maggi. Nikmatnya makan maggi selepas swimming ketika hujan.
No comments:
Post a Comment