Cerita percutian 2 hari 1 malam dah jadi drama bersiri kekdahnya. Gambar berlambak2 dalam fon ni. Haruslah mama tempek kat dalam blog. Rugi jer amik gambar banyak2 kalau setakat simpan dalam memori jer.
Malam tadi anak2 semua tidur lena. Takde adegan mengingau atau meracau tengah malam. Mama risau gak takut hafiy kena kacau ke. Maklumlah tempat yang kita tak pernah pergi kan. Mana tau ada benda2 yang mata kasar kita tak nampak, tapi budak2 boleh nampak.
Mama bercakap dari pengalaman jer. Sebab sepanjang kami dok hotel, rayyans n hafiy ada pengalaman kena kacau. Tapi kali ni syukur Alhamdulillah, takde perkara2 yang tak diingini berlaku.
Pagi ni budak2 pukul 830 baru bangun. Penat agaknya mandi pool. Ditambah dengan cuaca sejuk, hujan sepanjang malam, masing2 tidur lena.
Bila semua dah bangun, kami siap2 nak gi breakfast. Tempat breakfast dekat dengan lobi. So mama panggil buggy untuk hantarkan kitorg ke sana. Kasi chance kat anak2 sebab semalam tak dapat naik buggy.
Bilik kami ni dapat 2 kupon breakfast. Untuk rayyans kena charge rm15 per head. Tapi yang tak best, tempat breakfast tengah renovate. So kami kena makan kat luar bilik. Agak panas di situ dengan takde kipas bagai. Food selection pun biasa2 jer.
Lepas breakfast kami jalan kaki jer balik ke bilik. Saja nak exercise kaki sambil sedut udara segar kat sini. Pagi ni ramai budak2 dok mandi pool. Geram jer muka rayyans menengoknya.
Tapi depa cool jer sebab mama dah bitau pasni nak g tempat mainan. Kami balik bilik terus siap2 untuk check out. Tempat mainan tu berdekatan dengan lobi. Jadi tak perlu kami nak buang masa ulang alik ke bilik.
Sebelum keluar dari bilik, haruslah bergambar sampai lebam. Semalam tak sempat nak lepak2 mengopi kat beranda sembang hati ke hati dengan papa. Petang semalam kan hujan lebat serta ditambah dengan kehadiran berjuta2 nyamuk.
Jejaka2 pujaan hati mama, anugerah terindah dari Allah buat mama. Kebahagiaan kalian adalah kejayaan bagi mama. Ada rezeki nanti kita cuti2 lagi.
No comments:
Post a Comment