Lepas amik rayyans kat sekolah, kami terus ke aeon mall shah alam. Mama mengidam nak makan nandos. So malam ni dinner kita makan ayam.
Nasib baik esok weekend, rayyans tak sekolah. Jadi malam ni balik lambat sikit pun tak rasa bersalah sangat. Kalau tak kesian rayyans tak cukup tidur nak bangun awal ke sekolah.
Encik suami layankan aje puan isteri yang mengidam tapi tak mengandung. Dulu bila mengidam nak makan nandos mama kena gi sacc mall. Now ada yang lagi dekat dengan rumah. Dan tempatnya lebih happening.
Kira2 macam ini first time bawa hafiy makan kat nandos. Minta2 behave la anak mama ni. Mama nak layan makan ayam dengan tenang.
Untuk rayyans mama orderkan set kids meal iaitu grill chicken tenders. Tapi mama order yang plain. Terus takde rasa apa2. Nak order yang berflavour, takut diorang kepedasan pulak nanti.
Mama n papa amik set 1/2 chicken dengan 2 side dish. Ayam nandos dah kecik, kalau amik yang 1/4 macam tak cukup jer.
Taktik nak suruh hafiy diam dan makan elok2 adalah bagi tengok utube. Mata kusyuk pandang fon, tapi tangan menyuap dan mulut tak berhenti mengunyah.
No comments:
Post a Comment