Bz sangat punya pasal, mama tak tau pun yang wiken ni cuti 3 hari. Dah hari jumaat baru tau. Bila dah tau cuti, kepala mula ligat nak bercuti. Nak merehatkan minda.
Since raya haji, mama kepenatan sangat. Bermula dengan episod mama demam n gastrik, sambung papa plak demam, pastu hafiy kena chicken pox dan demam panas membawa ke sawan.
Satu persatu masalah kesihatan timbul. Nasib baiklah antibodi si kembar kuat kali ni. Kalau diorang pun demam gak mama tak tau la nak cakap apa.
Paling penat sebab papa dan hafiy demam serentak. Dua malam mama tak tidur jaga diorang. Pastu masuk ofis, kerja berlambak2 tengah menunggu.
So, this is the best time untuk mama bercuti merehatkan badan dan minda. Masalahnya last minute baru nak cari hotel masa cuti umum, memang payahlah nak dapat yang kosong.
Kalau boleh mama tak nak bercuti jauh2 sebab penat atas jalan jer nanti. Highway kat malaysia ni kalau time cuti memang sesak memanjang. Mama punya pilihan samada kl, selangor atau negeri sembilan jer.
Try book pullman putrajaya full, avillion port dickson pun full, lexis mahal gila, cyberview resort cyberjaya pun full. Agak frust di situ. Ingatkan berkuburlah harapan nak bercuti.
Tetiba petang tadi mama teringat masa gi morib last year nampak signboard amverton kat tepi jalan. Try google, dapat no fon, terus call resort. My luck, ada satu jer bilik kosong. Gembira tak terkata akhirnya dapat booked bilik.
No comments:
Post a Comment