Thursday, October 6, 2016

Restoran Hersha

Dah lama aim nak makan sini sejak viral kat fb before raya aritu. Tapi asyik tak berkesempatan jer. Nak datang wiken malas nak bersesak dengan orang ramai. Kalau weekdays orang tak ramai sangat.

Tadi kebetulan inspection area sini. Lunch hour terus singgah. Nasib baik orang tak ramai. Tak perlu nak tunggu tempat kosong. Harga buffet rm8 makan la sebanyak mana ko nak. Restoran buka 6 hari seminggu. Isnin cuti.

Alah blur la plak gambar. Food selection boleh tahan banyak gak. Kebanyakkan masakan kampung la. Konsep kat sini, kena bayar dulu kat kaunter. Then pekerja akan bagi satu pinggan je untuk seorang customer. So, sumbatla banyak2 atas pinggan tu. Kalau nak tambah pun, silalah bawak pinggan tu semula.

Pinggan papa ada ikan jaket bakar, kerabu pucuk paku, sayur labu, peria goreng n udang goreng. Hajat hati nak ulang amik lagi, tapi perut dah kekenyangan.

This is my plate. Mama amik ikan jaket bakar, siakap 3 rasa, udang goreng, ayam blackpepper, ayam merah, sayur bayam dan kangkung goreng. Rasa masakan memang sedap. Boleh datang lagi la makan kat sini.

Air yang disediakan adalah air oren dan air sarsi. Cuma gelas jer kecik. Terpaksa ulang alik banyak kali top up air. For me, memang berbaloi bayar harga rm8 untuk lauk2 ni. 

No comments:

Post a Comment