Friday, September 30, 2016

Ayam Kampung A Hassan

Its friday again. Geng makan ajak lunch kat ayam kampung a hassan kat cheras. Mama suka sangat la kalau dapat makan sedap. Jauh macam mana pun sanggup meredah kesesakan jalanraya.

Lama betul mama tak makan ayam kampung. Masa kerja kat ttdi jaya dulu selalu la makan. Sebab kat situ ada branch dia. Ayam kampung cicah sambal belacan berdesing sampa meleleh air hidung.

Hari ni dejah yang bawa kami makan kat sini. Kat sini meja sentiasa penuh jer. Nasib baik kami tak perlu tunggu lama untuk dapatkan meja. Maklumlah kaum adam rushing nak g solat jumaat. Pas makan tak sempat nak lepak lama2 sembang.

Penuh pinggan semua lauk pauk sesorang amik. Sampaikan budak cashier 2,3 kali tanya kami boleh habiskan ke. Sebab geng2 semua badan kecik except mama. See the leg la bang. Badan jer kecik tapi napsu makan besor.

Ayam kampung wajib amik 2 ketul sorang. Seketul macam tak cukup. Lagipun ayam dia kecik jer. Masih nak mendeny tu dasar buruk lantak.

Tambah sorang geng hari ni. Kebetulan ida ada kat ofis jadi dia join kami lunch. Alhamdulillah licin kami makan. Again, budak cashier masih tak percaya kami boleh habiskan makanan.

No comments:

Post a Comment