Sunday, September 18, 2016

Dominos

Semalam kami gerak dari kampung jam 5 petang dan tiba kat puncak alam jam 4 pagi. Fuhh lama betul perjalanan. Nasib baik paksu mat ada boleh hantar kami balik puncak alam. Papa masih demam tak larat nak drive.

Tengahari tadi cikla ajak makan dominos. Pakcik nasir belanja sempena birthday cikla yang ke 33. Happy birthday cikla semoga semua apa yang diimpikan termakbul.

Paksu n twin jer ikut. Mama, papa n hafiy stay kat umah jer. Hafiy belum baik dari chicken pox lagi. Twin suka sangatla bila tau nak makan pizza. Feveret food diorang la katakan.

Muka monyok jer sebab tunggu pizza tak dapat2. Orang ramai sangat. Member tengah lapar. Memang hangin la bila kena tunggu lama.

Bila pizza sampai barulah muka ada senyum. Tercapai hajat si kembar nak makan pizza. 

Actually masa kat kampung lagi diorang dok berajak makan pizza. Disebabkan mama, papa n hafiy demam, tak gigih nak gi makan kat kedai.

Side dish chicken wing. Mama kalau dapat yang ni pun dah cukup. Ratah ayam sampai ke tulang.

No comments:

Post a Comment