Thursday, May 19, 2016

Swiss Garden

Tahun ni mama kena gi audit kat IWK melaka. Dua tahun lepas mama audit kat terengganu berturut-turut. Plan asal nak bawa anak-anak sekali tapi Rayyans plak ada exam. Terpaksalah tinggal semua kat rumah. Nasib baik ada geng dari pandan indah yang kena audit kat melaka gak. Bolehlah mama tumpang Nisa.


Selalunya bila outstation ke melaka, hr akan booked Mahkota Hotel. Tapi kali ni depa booked swiss garden plak. Memang bestla dok hotel ni. Hotel baru la katakan. Baru setahun lebih jer buka. 

Mama dok sebilik dengan nisa. Kalau bawak family, mama dah plan nak booked bilik lain. Bilik kami ada dua katil super single. Bilik memang luas. Cuma dinding bilik air see thru. Dinding kaca. Kalau husband n wife ok la. Tapi jangan risau, ada jer tirai yang boleh cover dinding tu. Tak perlu risau la member sebilik nampak masa mandi ke nak verak ke.


Bilik air pun luas dan bersih. Yang penting tandas ada paip air. Kalau tak susah mak nak berinstinjak. Sebelah kanan disebalik dinding kaca tu tempat shower. Lagi best kalau ada bath tub tapi nan hado la.

Segala basic amenities hotel provide. Berus gigi, cotton bud, shampu, sabun, lotion, selipar disposable...macam-macam ada.

Kat tepi katil ada sofa. Kalau untuk family, bolehlah anak-anak buat tidur. 


Study desk pun ada. Kat belakang tu gambar kampung morten. Kampung yang diiktiraf sebagai salah satu tinggalan sejarah kat melaka ni. Bila tengok arrangement bilik, sebijik sebijun dengan hotel dorset subang jaya.


Bilik kami ada beranda. Dari beranda boleh nampak  pemandangan bandar melaka. Swiss garden terbahagi kepada hotel dan residences. Kami dok kat blok hotel. Katanya, setakat ni bangunan inilah yang paling tinggi kat melaka. Kat bawah bangunan plak ada shopping mall The Shore. Senangla kami nak mencari tempat makan sepanjang 3 hari kat sini.


Yang best, kat blok sebelah adalah blok yang paling tinggi. Gambar ni mama shoot dari beranda bilik. Nampak tak belah kanan yang berkaca tu. Tu la tempat nak menguji tahap kegayatan. The shore sky tower namanya. Malam ni mama dan nisa dah plan nak terjah ke sana.

No comments:

Post a Comment