Saturday, May 14, 2016

Celebrate Birthday Kat Kampung

Syukur tok ayah dah keluar hospital. Tapi keadaan tok ayah belum pulih sepenuhnya lagi. Batuk dan asma masih ada.

Disebabkan tahun ni birthday kami belum potong kek, so mama belikan kek untuk celebrate birthday nenek sekali. Tarikh lahir nenek awal sehari jer dari kami.

Ketentuan Allah tiada siapa yang dapat duga. Mama tak pernah menyangka yang mama akan dapat suami sama tarikh lahir dengan mama iaitu pada 11 Mei.

Tarikh lahir nenek pula awal sehari iaitu pada 10 Mei. Jika diberi kesempatan, mama akan sentiasa meraikan dan menggembirakan nenek.

3 generasi. Sibuk jer rayyans ni nak potong kek birthday mama. Mama beli kek blueberry kat kedai kek biasa jer. Rasanya takdelah sesedap kek secret recipe.

Sempena celebrate birthday, nenek masakkan nasi dagang untuk kami. Nasi dagang nenek la yang paling sedap. Sampaikan hadif pun dah suka sangat makan nasi dagang sekarang.

No comments:

Post a Comment