Tuesday, May 31, 2016

Black Canyon Coffee

Lunch tadi gi makan tempat jauh skit. Wani bawa mama makan kat jusco. Cuma kami berdua jer yang ada kat opis arini. Staf teknikal yang lain semua keluar samada untuk inspection atau meeting.

Bila kat jusco ni banyak pilihan tempat makan. Bila dah banyak tak reti nak buat pilihan. Rasa macam semua benda nak makan. Semua benda nampak sedap. 

Mama pilih black canyon coffee sebab dah lamaaa sangat tak makan. Rindu kat iced coffee feveret mama.

We both order set lunch A. Harga untuk setiap set A adalah rm 12.90. Set A didatangkan dengan tomyam super sedap ni. Seriusly walaupun tomyam kosong jer tapi cukup lengkap rasanya.

Air tu tak termasuk dalam set. Kena order asing. Wani minum fresh orange. Mama minum black canyon iced coffee.

Mama makan chicken green kari. Kari hijau atau kari thai namanya. First time mama makan kari thai masa zeta buat makan2 kat umah dia. Masa tu macam sedap gila makan dengan nasi panas2.

Menu yang wani order ni kenmain panjang namanya iaitu pad kra paw minced chicken with hot basil and fried egg. Tergeliat lidah london ahkak nak menyebutnya.

Nasib baik serve agak cepat sebab kami kesuntukan masa. Kami terpaksa makan laju2 sebab nak kena beli barang. Nasib tak tercekik.

Sunday, May 29, 2016

Aeon Mall Shah Alam

Orang lain dah berzaman merasmikan aeon mall yang baru buka kat shah alam. Kami ni nama jer dok dekat, tapi nak keluar tu bercinta. Wiken jer mesti ada keje. Tak dapat nak ukur shopping mall.

Actually tak plan pun nak ke sini. Pagi tadi kami ke jakel nak beli baju melayu the boys. Tapi masyaallah ramainyalah umat. Nak pilih baju pun tak selesa. Dengan hafiy yang buat perangai terjerit2 sebab nak lepas bebas. 

Mama dah stress terus ajak papa keluar. Buang masa sejam kat dalam tu satu apa pun tak dapat beli. On da way balik baru teringat nak singgah aeon. Saja la nak tengok2 apa yang menarik dalam tu.

First time masuk sini takut tak jumpa tempat parking kenalah amik gambar tiang. Nombor tiang parking bertemakan haiwan. F for fish. Punyalah ramai jugak orang kat aeon, berpusing2 kami cari parking. Last2 dapat gak park kat level 3.

Turun jer escalator ke level 2, terus jumpa dekoration bertemakan musim luruh. Autumn in my heart. Tak dapat gi korea, gambar kat sini pun jadi la.

Baru nak pusing2 tetiba train ni lalu tepi kami. Menggelupurla dua anak bujang mama tu ngajak naik. Satu hal plak nak cari train station ni kat mana.

On da way ke train station, jumpa plak decoration bertemakan musim sejuk. Winter sonata katanya. 

Akhirnya jumpa jugak train station. Tiket naik rm5 per head. Dewasa n kanak2 sama jer harganya.

Gembira la anak bujang mama dapat naik train. Eh mama papa pun gembira gak. Mana pernah naik train dalam shopping mall sebelum ni.

Train ni ada 3 gerabak jer. Pastu sekali naik dia akan buat dua pusingan. Kira lama jugak la perjalanan.

Train station betul2 berdepan pintu ke aeon department untuk budak2. Sempatla kami masuk beli selai dua baju raya untuk diorang.

Pastu saja la round semua level nak tengok apa yang menarik kat sini. Apa yang pasti, tempat makan memang banyak. Setiap level ada tempat makan.

Kat level 2 ada restoran2 yang berfranchais macam boat noodle, teh tarik place, secret recipe, ice bucket dan segamat rel.

Kat level 1 plak ada satu area tu dinamakan jappan street. Kat situ kedai dan restoran berasaskan jepun macam daiso dan restoran sushi king.

Kat ground level plak ada dua tempat makan. Satu part, sederet restoran yang berasaskan western food macam manhattan fish market, nandos, kenny rogers, aunty annes. Macam2 lg la. Rambang mata mama. Pastu another port, macam food court. Food market namanya. Kat sini macam2 gerai ada. Sediakan perut dan duit jer.

Thursday, May 26, 2016

Hafiy Rayhan

Si botak mama ni perangai nakal betul sekarang ni. Tadi nasib baik perasan dia dah panjat sofa pastu berpegang kat tangga. 

Rasanya dia nak tiru abang2 panjat sofa terus langkah tangga. Malas nak buka safety gate kat tangga punya pasal.

Pastu bila tak boleh nak turun mulalah jerit nama mama. Dahla tak boleh sebut mama dengan betul. Dia panggil mama 'mak'.

Rasalah kan nak memanjat sangat kan. Nangis la kat situ. Mama biar jer malas nak angkat. Kata hero..

Hai la adik, mana mama nak ubah sofa ni. Takut bila alih nanti, dia panjat ikut tepi tangga pula. Budak kecik ni memang panjang akal.

Wednesday, May 25, 2016

Tok Ayah Admitted Lagi

Tok ayah admitted lagi. Kali ni kat hospital universiti sains malaysia, husm pula. Kat hospital tg anis takde doktor pakar yang boleh operate.

Ada ketulan naik kat kaki tok ayah. Disebabkan tok ayah ada kencing manis, doktor takut merebak hingga ke tulang.

Ditambah plak kata doktor tok ayah ada lemah jantung juga. Allah, sebelum ni tok ayah sihat jer. Sekali sakit, terus macam2 penyakit singgah.

Doktor decide untuk operate buang ketulan tu. Risau jika melarat hingga ke tulang. Worst thing, kaki kena potong.

Ya Allah, kau jauhkanlah segala kesakitan dari ayahandaku. Cuma doa sahaja yang mama dapat titipkan untuk tok ayah.

Ketulan kat kaki dah berjaya dibuang. Tapi tok ayah tak dapat keluar wad lagi sebab masih dalam pengawasan doktor.

Masa ni mama harap sangat yang mama dapat kerja kat kelantan. Bila nenek dan tok ayah sakit senang nak balik tengok. 

Harapkan p.su sorang jer la yang ada kat kampung, yang boleh jaga nenek dan tok ayah sekarang.

Tuesday, May 24, 2016

Old Town White Coffee

Pagi tadi attend meeting kat majlis perbandaran klang. Meeting habis dah waktu tengahari. Pasni rushing nak gi site inspection pula.

Mama singgah jusco bukit raja untuk lunch dulu. Situ convenient banyak pilihan tempat makan. 

Mama makan dry mee wantan dengan bbq chicken dengan ais lemon tea. 

Oklah mee wantan tu rasanya. Ayam tu plak manis sesuai la makan dengan mee tu.

Saturday, May 21, 2016

Arked Bazar Melaka

Sebelum bertolak balik, kami singgah kat bazar jualan. Letaknya tak jauh dari restoran 35 yang kami lunch tadi. Actually tak tau pun ada arked bazar kat sini. Masa pusing2 cari restoran 35 tu yang ternampak bazar ni. 


Lepas lunch terus datang sini. Mama nak beli dodol sebab ada ibu mengandung yang pesan. Tak beli karang meleleh air liur baby nanti mengidam tak kesampaian.


Macam-macam benda ada jual kat sini. Produk makanan seperti dodol, belacan dan cencaluk, cenderahati seperti keychain, fridge magnet, baju dan macam2 lagi la. 


Agak selesa jugak nak membeli belah kat sini sebab tempatnya berbumbung. Takdelah berpeluh sampai ke ketiak. Surau dan tandas juga ada disediakan. Tapi mama tak pasti tahap kebersihan macam mana sebab kami tak masuk. 


Mama yang asalnya nak cari dodol jer terjebak beli tshirt ungu ni untuk rayyans dan rayhan. Harga tshirt rayhan rm10 manakala untuk rayyan rm15 sehelai. Upah buat anak2 kena tinggal dengan mama.

Restoran 35

Tak lengkap kunjungan ke melaka andaikata tak pekena asam pedas. Melaka dan asam pedas memang tak boleh dipisahkan.

Atas saranan orang melaka, kami ke restoran 35. Restoran ni terletak kat area menara taming sari. Boleh kata kat sini semua restoran berkonsepkan menu asam pedas.

Menu lunch kami asam pedas pari, asam pedas ikan jenak, sotong goreng 2 ekor, ulam dan sambal belacan. Nasi sampai 3 pinggan. Bertambah2 makan. 

Memang kena dengan tekak mama sebab asam pedasnya tak pedas sangat. Total harga semua termasuk air adalah rm 43. 

Up-Side Down House

Upside down house terletak kat plaza mahkota, bandar hilir. Actually galeri ni adalah rumah kedai asalnya. Tapi owner tu pandai amik peluang. Kedai 2 pintu direnovate jadi galeri rumah terbalik.

Tiket masuk berharga rm15 bagi yang ada mykad. Mama tau pasal rumah terbalik dari nisa. Sebelum ni nisa dah pernah datang sini tapi tak masuk sebab tak sanggup nak beratur. Orang ramai gila time tu.

Masa kami sampai adalah beberapa orang tengah beratur nak masuk. Kiranya bagus jugakla owner tak bagi masuk serentak ramai2 untuk mengelakkan jem kat dalam rumah tu.

Apa yang ada dalam rumah terbalik? Of course la semua benda dalam keadaan terbalik. Kiranya basic furniture dalam sebuah rumah lengkap. Ada ruang tamu, dapur, master bedroom dan bilik anak.

Mula2 masuk akan jumpa ruang tamu siap dengan sofa dan tv. Pastu ada sudut side table lengkap dengan telefon.

Kemudian jumpa ruang dapur. Kat dapur ada set meja makan, kitchen cabinet, peti sejuk dan ruang mesin basuh.

Macam kelakar pun ada sebab kami tak pandai nak beraksi dalam gambar. Bila diterbalikkan gambar ni macam buat aksi gimnastik kat atas peti sejuk.

Ruang kitchen cabinet. Kalau sesapa pandai boleh buat gaya ala2 tengah potong bahan2 untuk masak.

Ini plak sudut mendobi. Siap ada mesin basuh, bakul baju kotor dan sabun. Mama tu tengah try nak balik handbag dalam bakul. Try jadi goal shooter netball.

Pastu ada satu pintu yang menghubungkan dapur dengan bilik anak. Kat bilik anak ada katil single, study desk dan almari.

Ha jangan main2 siap ada laptop tau. Mama macam nak terbang jer untuk selamatkan laptop tu.

Kat sebelah katil ada rak dinding untuk letak mainan anak2. Actually sepanjang masa ada staf2 galeri yang bertugas dan bantu kita untuk amik gambar. 

Sebelah bilik anak ada master bedroom siap dengan katil queen, almari pakaian, meja solek dan toilet. Dalam ni memang tak boleh pakai kasut. Lantai tu kiranya bersih la. Sebab tu boleh nak guling2 atas lantai.

Apa kejadahnya mama nak masuk dalam mangkuk toilet tu. Kalau toilet betul2 camni camna la agaknya nak melepaskan hajat.

Mama doa apa tu? Pada pendapat mama, kalau perabot2 ni dipasang lebih rendah, lagi senang untuk bergambar. Maklumlah orang katik macam mama susah nak pegang perabot tu sebab semuanya tinggi.