Tuesday, March 31, 2015

Tabung

Sejak tahun lepas after rayyans mula bersekolah, mama ajar rayyans menabung. Diorang berdua dapat sorang sebiji tabung. Tabung besi ni mama beli kat kedai 5 ringgit, hinode shop.

Setiap hari balik dari ofis, mama akan asingkan duit syiling dan bagi kat rayyans untuk masukkan dalam tabung. Masa ni masing2 berebut sapa paling cepat masukkan duit.

Now, after setahun tabung tu dah penuh. Dah takde ruang kosong lagi dah. So mama suruh papa buka tabung untuk kira duitnya. Alhamdulillah, berkat menabung dapatlah sorang rm200.

Mama asingkan syiling ikut jenis dan nilai. Syiling baru dan lama kan tak sama design. Untuk menyenangkan kira, mama asingkan siap2.

Nanti bolehlah gi bank in duit ni. Rayyans dah ada akaun kat bank islam since diorang umur 5 bulan. So far ada la sikit duit untuk diorang bagi kegunaan masa depan. Duit raya dan duit hadiah orang bagi masa lahir mama simpan kat bank.

Sunday, March 29, 2015

Revisited

Petang semalam cikla singgah kat umah masa on da way nak ke pasar malam. Nak melawat baby hafiy katanya. Dah lebih sebulan tak tengok hafiy.

Walaupun umah kami ni sama2 kat puncak alam, tapi nak jumpa selalu agak payah. Masing2 bz dengan urusan duniawi, urusan anak2. Sesekali dapat curi masa berkumpul adik beradik.

Terselit sekuntum bunga kat situ. Setakat ni icha la cucu perempuan yang paling muda. Cucu nenek dan tok ayah dah sama banyak, 5 lelaki dan 5 perempuan. Kalau tak sebelum ni cucu perempuan yang lebih ramai.

Kenmain lagi sengih hafiy bila cikla dok sembang ngan dia. Nampak gaya spesis 'galok' jugak hafiy bam bam ni. Tak kisahlah dik bam bam pong.. janji sihat walafiat.

Saturday, March 28, 2015

My Heroes

Macam mimpi jer tetiba ada 3 anak lelaki sekarang. Dari single, berdua bila dah kahwin, then terus berempat. Now berlima pulak.

Itulah yang dinamakan rezeki kurniaan Allah. Mula2 rezeki dapat anak kembar. After 6 tahun, dapat lagi rezeki sorang anak laki. Syukur.

Ingatkan mama dah takde peluang nak timang baby lagi. Maklumlah lama sangat jarak dengan si abang. Dah lama mencuba tapi tak dapat2. Rupanya Allah nak mama lebihkan doa dan usaha.

Semoga anak2 mama berkasih sayang sesama adik beradik hingga ke akhir hayat. Mama doakan ank2 mama membesar jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Friday, March 27, 2015

2 Bulan Sudahhhh

Baby bam bam sambut birthday yang ke 2 bulan hari ni. Alhamdulillah, hafiy membesar dengan jayanya. Mama rasa berat dah dekat2 7kg kot. 

Kerenah pun dah macam2 sekarang ni. Bila dia tidur, nak kena ada orang tunggu kat sebelah. Bila kita bangun, automatik dia celik mata. Macam tau2 jer takde orang dah kat sebelah.

Kalau mama baringkan kat riba, mulalah merengek.  Dah takmo baring2. Nak orang pegang dia berdiri sambil nyanyi lagu lompat si katak lompat. Tak lama lagi lengan mama naik muscles.

Sekarang dah pandai nak bersembang. Mulut dia pun bising jer bila kita buat2 sembang. Pastu tau plak menyahut bahasa dia bila kita panggil nama. 

Walaupun macam2 peelnya, bila dia senyum bisa gugur jantung mama. Pantang diagah, senyum lebar mulutnya. 

Monday, March 23, 2015

Lepak Umah Cik La

Kadang2 bila bosan kat umah, si kembar mintak jalan2 umah cikla. Memandangkan umah kami dekat jer, bolehla papa antar diorang ke sana.

Sesekali bagi si kembar ubah angin. Asyik melepek kat umah jer. Lagipun arissa sorang2 jer kat rumah. 

Bila abang2 datang kenmain suka lagi ada kawan. Sampai tak berbaju main berpeluh2. 

Dah penat main, minta makan pula. Kebetulan birthday arissa. Jadi cikla just beli kek nak celebrate dengan si kembar.

Saja suka2 buat something yang boleh gembirakan anak2. Kek tu bukan diorang makan pun. Cuma nak feel tiup lilin n potong kek.

Bila dah ada ramai2 ni meriah la sikit. Makan pun laju jer sebab ada kawan. 

Sunday, March 22, 2015

Majlis Bertandang

Last month dah berlangsung majlis akad nikah angah. Hari ni majlis bertandang sebelah keluarga pengantin lelaki kat ipoh pula.


Kami ke ipoh balik hari jer. Mula tu ingat nak gerak awal dan stay kat hotel tapi bila fikirkan hafiy takut meragam terus kensel plan.

Kami gerak seawal 7 pagi. Walaupun ipoh tu dekat jer, kami risau jalan jem. Maklumlah dah penghujung cuti sekolah. Takut ramai yang travel balik ke utara.

Alhamdulillah trafik clear jer sepanjang jalan. Hafiy pun takde nak meragam. Tidur jer kat dalam kereta. Bangun bila nak susu dan berak. Abang2 plak biasalah dok mengacau tilah dalam kereta.

Sampai kat ipoh pukul 11 pagi. Kami terus ke rumah pengantin sementara tunggu nak berarak masuk dewan pukul 1 tengahari. Keluarga pengantin semua dah berada kat dewan.

Angah ni jenis simple n sempoi orangnya. Dia tak nak majlis sanding2. Just ada makan beradap jer. Tema majlis kat belah hafiz kaler merah.


Pastu ada acara potong kek. Kat dalam tu kalau tak silap kek secret recipe. Berlainan perisa tiga2 kek tu.

Lepas makan kami lepak2 jer kat dewan sambil beramah mesra dengan pihak pengantin lelaki. Si kembar lak sibuk lari sana sini.

Beria nak tulis ucapan untuk si kakak kat dalam guest book. Padahal tulis nama sendiri jer pong. Itu jer yang diorang pandai eja setakat ni.

Cuaca panas betul waktu ni. Si kembar plak sesekali lepas bebas asyikla dok berlari bawah panas. Risau jer takut diorang demam.

Mujurla ada tilah yang tengokkan si kembar. Mama yang baru habis pantang tak terkejar rasanya. 

Pukul 3 petang kami gerak balik ke kl. Tak boleh nak stay lama2 takut jalan jem. Maklumlah hari ni hari terakhir cuti sekolah. Sure ramai yang berpusu2 balik ke tempat mencari rezeki.

Saturday, March 21, 2015

Blend N' Blurppp Cafe

Penyelamat time malas nak masak or balik lambat. Blend N blurpp cafe ni cuma sebuah kiosk yang menempel kat restoran mamak kat puncak alam. Tapi yang menarik sebab ada delivery servis. Delivery caj adalah foc jika oder lebih dari 3 item.

Dah banyak kali jugak mama oder kat diorang. Dalam seminggu wajib oder. Kira macam regular customer gak la. Antara menu yang ada adalah cheezy burger ayam, cheezy burger daging, cheezy burger kambing dan pizza. Semuanya nak bercheesekan. 

Burger plak boleh pilih samada nak burger biasa atau burger kukus. Harga sebiji burger rm2.50. Si kembar memang dah jatuh cinta ngan burger cheezy. Untuk diorang mama akan oderkan burger tanpa sos. Setakat seketul burger tu tak cukup hadif makan. Pernah la dalam satu malan tu mama oder sampai 2 kali sebab anak2 tak puas makan.

Pada mama yang paling win adalah cheezy meatball. 10 ketul meatball pada harga rm4.50. Setiap kali oder at least 2 set. Meatball tu rasanya diorang buat sendiri. Memang kena dengan rasa meatball cicah mayonis dan cheese tu. Sedapnya lahai. Kecur ayaq liur tengok gambar ni.

Friday, March 20, 2015

Ephyra Dan Shaklee

Alhamdulillah rezeki susu hafiy semakin bertambah. Mama dah dapat kumpulkan stok. Dalam sehari dapat satu paket yang dijadikan stok. Selebihnya untuk hafiy minum.

Peti ais pun dah makin penuh. Tak lama lagi bahagian ikan tu bakal dipenuhi dengan stok susu jugak. Nampak gaya mama kena cari deep freezer. Kalau tidak susah nak simpan stok bahan masak.

Selain susu anmum dan umma lacto yang mama amalkan sebagai milk booster, mama juga ada minum ephyra. Ephyra ni mama minum dah lama, since sebelum mengandung.

After few months minum ephyra, mama pregnant n stop minum. Risau takut ada kesan sampingan sebab mama ada kencing manis semasa mengandung.

Then, masa pantang mama ada terbaca kat blog vanilla pink yang ephyra ni elok untuk ibu2 dalam pantang. Salah satu khasiat ephyra adalah dapat menambahkan susu badan. So, mama continue balik minum ephyra.

Tak cukup dengan tu, tilah plak belikan esp shaklee untuk mama. Thanks tilah sebab bagi sokongan penuh untuk mama menyusukan adik hafiy. Dia banyak tolong mama jaga hafiy bila mama pam susu. 

So far yang mama perasan, lepas minum shaklee, kuantiti perahan susu masih sama cuma susu tu makin pekat. Harap2 usaha mama yang sekelumit ni dapat memberikan susu yang berzat dan mencukupi untuk mengenyangkan perut hafiy.

Thursday, March 19, 2015

Confinement Over

First day kerja after maternity leave selama 2 bulan. Malas rasa nak masuk ofis. Berat hati nak tinggalkan anak yang masih kecil.

Mama dok la berangan tetiba cuti bersalin dinaikkan ke 3 bulan tetapi pelamin anganku musnah. Kerja tetap kerja. Bersyukurlah masih ada punca rezeki.

Masuk2 jer opis, rupanya hari ni ada staf meeting. Elok jer timingnya. Kat opis ni staf meeting once a month. Setiap kali meeting akan celebrate birthday staf yang jatuh dalam bulan tu. 

Bulan 3 ni birthday nissa. Tetiba bos suruh mama dok depan tiup lilin gak. Nissa celebrate hari kelahiran tetapi mama celebrate hari melahirkan.

Huhuhu.. bestnya kek secret recipe. Mama tak berani nak makan macam2 lagi. Maklumlah baru lepas pantang. Takut perut dapat kejutan budaya nanti. 

Marilah kita mengumpul kekuatan untuk istiqomah dalam bekerja. Semoga rezeki yang diperolehi beroleh keberkatan dari Allah.

Wednesday, March 18, 2015

Poncho

Akhirnya masa yang seboleh bolehnya tak nak jumpa, tiba jua. Esok mama bakal melangkah ke ofis balik. Cuti berpantang dua bulan sudah tiba di penghujung.

Jadual pam susu mama sikit sebanyak akan terkesan. Rasanya kat ofis tak dapat nak punctual pam setiap dua jam. Confirm bz jer bila kat opis. 


Tempat mengepam pun satu hal jugak. Surau kat opis tu kecik jer. Memang pack la time peak hour. Tak boleh nak selak baju macam kat umah. Dapat pam seselesa mungkin. 

Untuk bantu proses mengepam, mama beli nursing wear atau poncho ni. At least dapatlah cover apa2 yang patut semasa mengepam tu. Harap2 mama dapat meneruskan misi penyusuan hafiy dengan jayanya.

Tuesday, March 17, 2015

Baby Bath Time

Time paling menyeronokkan rayhan adalah waktu mandi. Dia memang suka mandi. Tak pernah lagi menangis bila dimandikan.

So far, papa yang mandikan rayhan. Mama tak confident nak pegang takut licin terlepas anak.

Besen dah tak muat dah. Tak boleh nak luruskan kaki.

Mula2 kita lap2 manja dengan air sabun. Kasi sental daki2 yang melekat kat badan.

Pastu bilas dengan air putih, air suam of course.

Lepas mandi, minum susu sebotol confirm tidur lena.

Monday, March 16, 2015

Kek Belang Susu

Mengekek lagi hari ni. Syukurlah dapat anak suka masak. Mama ingat nanti masa cuti sekolah nak cari kelas masakan untuk kanak2. Nak antar diorang asah skil dan independent.


Bahan:
250g mentega
100g gula kastor
3/4 cawan susu pekat manis
6 biji telur gred A
250g tepung gandum
2sk baking powder
Pewarna dan perisa kegemaran

Pukul mentega dan gula hingga kembang dan memutih. Tambahkan susu pekat manis dan pukul sebati.

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak. Pukul sebati.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama rata.

Letakkan setiap bahagian dengan perisa dan pewarna yang disukai. Gaul rata.

Sendukkan setiap adunan berselang seli ke dalam loyang yang telah disapu mentega.

Bakar selama 50 minit pada suhu 170°C. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.