Saturday, March 21, 2015

Blend N' Blurppp Cafe

Penyelamat time malas nak masak or balik lambat. Blend N blurpp cafe ni cuma sebuah kiosk yang menempel kat restoran mamak kat puncak alam. Tapi yang menarik sebab ada delivery servis. Delivery caj adalah foc jika oder lebih dari 3 item.

Dah banyak kali jugak mama oder kat diorang. Dalam seminggu wajib oder. Kira macam regular customer gak la. Antara menu yang ada adalah cheezy burger ayam, cheezy burger daging, cheezy burger kambing dan pizza. Semuanya nak bercheesekan. 

Burger plak boleh pilih samada nak burger biasa atau burger kukus. Harga sebiji burger rm2.50. Si kembar memang dah jatuh cinta ngan burger cheezy. Untuk diorang mama akan oderkan burger tanpa sos. Setakat seketul burger tu tak cukup hadif makan. Pernah la dalam satu malan tu mama oder sampai 2 kali sebab anak2 tak puas makan.

Pada mama yang paling win adalah cheezy meatball. 10 ketul meatball pada harga rm4.50. Setiap kali oder at least 2 set. Meatball tu rasanya diorang buat sendiri. Memang kena dengan rasa meatball cicah mayonis dan cheese tu. Sedapnya lahai. Kecur ayaq liur tengok gambar ni.

No comments:

Post a Comment