Sunday, March 15, 2015

Soopa Doopa

Penuh aktiviti rayyans hari ni. Pagi tadi diorang ikut tilah gi kenduri kahwin kat rawang.

Petang ni along plak datang ajak diorang gi main soopa doopa kat tesco puncak alam. Rayyans gembira tak terkata umpama orang mengantuk disorongkan bantal.

Bayaran masuk rm4 perhead. Boleh main unlimited selagi chop kat tangan tak hilang. Maksudnya, boleh keluar balik rumah makan2 pastu datang balik tanpa dikenakan apa2 bayaran lagi.

Seram mama tengok diorang melongsor atas ni. Tinggi tu. Budak2 ni tak reti gayat ke.

Banyak jugak aktiviti kat dalam ni. Bolasepak, keretapi, gelongsor. Puaslah diorang main sepanjang petang.

Hadif tunjuk skil seni mempertahankan diri. Hati2 nak oi..koyak seluar tu karang.

Punching bag.

Soopa doopa ni dipasang kat parking lot tesco. Selamatlah berkaki ayam diorang. Balik tu tapak kaki dah takde rupa. Memang kena sental la dengan papa.

Time asar diorang ajak along balik. Nak tukar baju sebab tak selesa pakai kemeja yang pergi kenduri pagi tadi.

Makin ke petang, makin ramai budak2 datang main. Alhamdulillah, diorang dah boleh menyesuaikan diri berkawan dengan budak2 lain.

Si bulat mama ni sejak sekolah berat naik 1kg. Sekarang berat dah 26kg. Mama risau kot2 kat sekolah tak cukup makan. Jadi lepas ni tak perlu risau lagi.

Masa balik tadi siap bawak bekal air sebotol sorang. Penat la tu main. Dah la cuaca boleh tahan kering sekarang ni. So elokla diorang minum banyak air.

Maghrib baru diorang balik rumah. Tu pun ada hati nak pergi lagi after dah mandi. Terpaksa along curi2 keluar balik rumah. Kalau tak ada yang drama air mata lagi.

No comments:

Post a Comment