Thursday, January 1, 2015

Pak Li Kopitiam & Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru 2015...first entry di tahun baru. Pagi ni kami ke giant klang sentral, nak mencari barang keperluan persekolahan Rayyan. Sebelum memulakan aktiviti penyopingan, perut haruslah diisi terlebih dahulu. Barulah ada tenaga nak pusing satu giant ni.

Memandangkan kat sini tak banyak restoran, kami menghala ke Pak Li kopitiam jer. Pepagi ni haruslah mencari roti bakar.Pelik kan, napa roti bakar kat kedai sedap ekk..apsal kalau makan kat umah rasanya tak sama. Padahal dah guna butter n kaya jugak, bakar dalam oven jugak but still tak sama.

Mama order butter kaya toasted bread and toasted bun. Sampai dua jenis mak yong order. Mak yong minum neslo ais while pak yong kopi le apalagi...

Owh kalau ada yang tertanya mana si kembar, kami tinggal kat rumah pengasuh. Susah nak beli barang kalau bawak diorang ni.

No comments:

Post a Comment