Saturday, January 31, 2015

Heparin

Banyak betul dugaan mengandung dan bersalin kali ni. Masa mengandung tetiba dapat kencing manis. Tak pasal2 kena suntik insulin. Bila suntik insulin, kebarangkalian tinggi baby dalam perut terlebih besar. Bila baby besar, kenalah bersalin secara pembedahan kerana risiko tinggi.

Bila dah bersalin kena cucuk heparin plak. Heparin ni ubat untuk cair darah. Sesiapa yang bersalin secara pembedahan atau normal yang melibatkan penambahan darah kena suntik heparin untuk mengelakkan terjadinya darah beku dalam badan yang boleh membawa maut.

Sebelum keluar wad doktor dah siap2 bagi heparin dan jadual suntikan. Mama kena suntik 2 kali sehari selama 7 hari. Suntik kat bahu gilir2 kiri kanan. Sakit hoi suntik heparin ni. Bengkak lebam2 bahu. Nak angkat tangan pun seksa.

7 hari pertama memang seksa la. Dahla perit kat perut kena belah. Pastu setiap 8 pagi dan 8 malam kena keluar gi klinik untuk suntik. Mama suntik samada kat klinik 1 malaysia atau klinik desa. Time table yang doktor bagi tu kena signed by nurse yang suntik mama.

No comments:

Post a Comment