Friday, January 2, 2015

De Chiangmai

Second time makan kat De Chiangmai. Restoran ni terletak bukan kat thailand tapi kat sg buloh aja. Boleh tahan ekslusif jugaklah restorannya. 

Nak makan sini kena bawak duit banyak skit sebab harganya quite mahal. Tapi berpadanan dengan rasa dan portion makanannya.

Kami pelanggan pertama harini. Bila dah start makan baru ramai pelanggan lain yang datang. Servis memang cepat.

Air longan dua bekas kami order. Minum dalam bekas besi. Klasik kan. Identiti thailand sangat bekas tu.

Food boleh pilih samada nak saiz kecil, medium atau besar. Tomyam ni size kecil tau. Tapi untuk 2 orang makan kira big portion la. Isi tomyam banyak bukan setakat kuah semata mata.

Butter prawn, pun saiz kecil gak. Udang besar dan fresh. Puas hati makan.

Siakap de chiang mai kalau x silap namanya. Dalam mangkuk tu kerabu mangga. Hiasan pink tu boleh makan. Buah epal sebenarnya tu.

Ayam pandan for rayyans. Tertamak gi amik size medium. Sekali terbuntang nak habiskan semua lauk.

Kangkung goreng belacan juga size kecil. Puas makan bukan setakat batang kangkung jer. 

For me puas hati la makan sebab food sedap dan berkualiti. Sesekali berbelanja besar untuk makan.

Paling seronok, lepas makan masuk toilet macam woww... kalah toilet hotel. Cantik dan wangi gila toilet. Nak tidur dalam toilet pun boleh.

Mama kena kumpul duit dulu next time nak makan kat sini lagi. Banyak lagi menu yang mama belum cuba.

No comments:

Post a Comment