Sunday, November 28, 2010

Rayyans @ Zeta's Birthday Party

Kawan lama mama, Ms Zeta seliman jemput kami sekeluarga ke majlis harijadi beliau. Ini kali pertama mama ke rumah aunty zeta..selama ni mama hanya tengok gmbr2 masakan aunty zeta yang amat menggiurkan kat facebook jer...akhirnya hari ni mama berpeluang merasa sendiri masakan hasil air tangan aunty zeta.
perghh..that was my impression bila tengok makanan yang terhidang atas meja. Banyak sangat plus kelihatan amat sedap. The menu are 3 tiers chocolate's cake (yummy), spaghetti, mixed fruit salads, jeli laici, carrot cake, spicy cake n grilled chicken with rosemary...memang foods semua marvellous.
After semua jemputan dah sampai, majlis dimulai dengan acara potong kek. Everybody are excited tengok kek 3 tingkat yang aunty zeta buat sendiri. Mama memang kagum betul dengan kerajinan n kepandaian aunty zeta memasak.
Kami sekeluarga amik peluang untuk bergambar dengan birthday girl..sambil2 makan kek coklat tu. Rayyans pun kenmain suka buah strawberry kat atas kek tu.
Sementara mama n papa makan, Hazim dah sangkut ngn uncle iman. Uncle iman ni teramatla suka kanak2....Rayyans pun mama tengok kenmain mesra ngan uncle iman..ok la..dapatla mama & papa makan sementara ada orang nak melayan Rayyans.
tengokla..sampai dua sekali uncle iman dukung..Rayyans pun elok jer perangai..siap cium2 pipi ngan uncle iman
Rayyans teramatla suka kat bende jurai2 ni...risau plak mama tengok Rayyans dok menarik2 jurai ni..x pasal2 putus nnt talinya.
Selalunya Rayyans tidak mudah mesra dengan orang yang tak dikenali..tp hari ni baik plak perangai anak mama ni...mesra dengan semua orang..siap beriba minum susu, berdukung..heheh..senang mama nak sembang.
Seronok sangat mama dapat jumpa kawan2 lama..almost 13 years kami tak berjumpa. Sesekalai dapat berkumpul mcm ni banyak cerita yang keluar. Masing2 terkejut sebab mama dah 'demuk'..hehehhe...n everybody excited sangat coz mama ada anak kembar.
Antara ramai2 schoolmates mama yg datang ni, cuma mama jer yang dh kahwin & ada anak. Yang lain semenya single mingle lagi..masing2 tengah concentrate membina kerjaya..mama doakan semoga semua kwn2 mama ni dipertemukan jodoh yang perfect dengan citarasa masing2...insyaallah..
Seharian berada kat umah aunty zeta tak pernah membosankan...mana taknya sambil sembang boleh makan2..makanannya plak sedap sangat...sebelum kami balik, aunty zeta siap tapaukan makanan untuk kami bawak balik...thanks aunty zeta. she's really a good heart person. Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari lahir untuk aunty zeta. semoga segala apa yang aunty zeta impikan akan menjadi kenyataan..aminn...

Friday, November 19, 2010

Pantai Bisikan Bayu

Selepas kenduri achik, kami sekeluarga berpiknik kat pantai bisikan bayu. Kali ni mama bagi chance kat Rayyans untuk cecah kaki dalam air....main pasir...bukan main seronok lagi anak2 mama main air. Sekali sekala apa salahnya ye dak?? Layankan jer la gambar2 kami tengah berseronok ni..
mula2 tu takut-takut lagi nak jejak kaki atas pasir pantai ni.
dah basah kuyup..baju papa dah hilang ke?
penat mandi, take 5 dulu
my hensem boy yang suka main pasir
sukanya la dia
Masing-masing dah comot. Habis berlumuran pasir kat badan. Rayyans mama ni siap tak nak balik..tak puas main air. 

Rayyans @ Achik's Wedding

Achik ni anak kepada maksu mah (mak andam turun temurun). Kami sekeluarga dijemput menyerikan majlis perkahwinan yang bertemakan warna oren ni.
Masa kami sampai kebetulan dengan rombongan pengantin lelaki. Jadi sempatla kami melihat upacara persandingan kedua mempelai.
 Bridegroom : Achik
Ibu pengantin perempuan : maksu mah
Kami terpaksa makan bergilir2 disebabkan Rayyans suka sangat mengacau orang tengah makan. Sementara mama & papa makan, cikla jaga Rayyans kat dalam kereta.
Sebelum balik sempat lagi kami bergambar kat signboard depan umah maksu mah ni. Inila bench mark umah maksu ni..coz kami sentiasa tersesat tak jumpa cari rumah tiap kali nak membuat kunjungan hormat.

Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Malam tadi kami bertolak balik jam 9 malam. Nasib baik jalan tak jem teruk sangat. Kami tiba kat kampung dah pagi..sekitar jam 8 pagi. Keluarga kat kampung semua dah bangun dan tengah bersiap-siap untuk solat raya. Tahun ni cuma mama dan cikla yang dapat balik kampung. Tahun ni juga ada bakal ahli keluarga baru yang turut serta meraikan aidiladha dengan kami. Uncle Nasir (tunang cikla) beraya bersama kami.
Papa & mama plak kepala sedikit 'weng' coz tak cukup tidur. Kalau sampai awal skit dapatla kami melelapkan mata sekejap. Tapi disebabkan program hari ni amatla pack, mama gagahkan juga untuk siapkan Rayyans menyambut raya. Papa pula terus bersiap-siap untuk ke masjid. 
Selepas solat aidiladha, kami terus ke rumah maksu mah untuk acara ibadah korban. Tahun ni papa ada korbankan satu bahagian lembu.
lembu yang dikorbankan
pemerhati : papa dah siap tukar persalinan 
lembu ditumbangkan pakai traktor
upacara penyembelihan berjalan lancar
papa & paksu mat sempat pose dengan lembu
bergotong royong melapah lembu
Sementara papa sibuk dok melapah lembu, mama, cikla, nenek & Rayyans dok melepak kat umah maksu mah sambil makan biskut raya...hehehe
Hazim with cikla
Cikla pose with pelamin anak maksu mah yang akan bersanding esok
Hadif dah stat 'mengemas' umah orang
Tengah hari baru la papa siap aktiviti pelapahan lembu tu. Kami bawak balik satu bahagian daging untuk dimasak dan dijamu kepada jiran tetangga. Papa cakap budaya korban kat kelantan berbeza dari tempat lain. Kalau kat tempat lain, lembu akan disembelih di masjid. Tetapi di kelantan, lembu disembelih di mana2 sahaja..kebiasaannya lembu tu akan disembelih di rumah tuan lembu tersebut. Kemudian penduduk kampung akan bergotong royong melapah daging lembu tersebut.

Wednesday, November 17, 2010

Site Visit @ Sg Sering

Esok dah raya haji, selalunya Mr B akan bagi cuti half day. Ofis papa memang bagi cuti half day. Kami plan nak bertolak balik kampung la tengah hari ni. Sekali, tanpa diduga bos inform suruh ikut dia gi site visit kat sg sering, cheras...aduhai.. Belah petang lak tu, kalau belah pagi ok lagi...huhuhuh...Sebelum ke site tu, kami ke majlis daerah hulu langat dulu. Mr B dah janji dengan JD kat sana untuk ke site bersama-sama disebabkan kami tak berapa nak tau location site tu. Bila kami sampai sana, JD tu plak emergency leave. Nasib baikla ada another staff sana yang boleh bawa kami ke site tu. 
Inilah sungai yang dimaksudkan...yang perlu direkabentuk untuk mengelakkan banjir setiap kali hujan lebat. Kesian penduduk2 sekitar yang terjejas akibat banjir.
Meninjau keadaan fizikal sungai dari atas jambatan. Masa ni asyik terpikir nak balik cepat jer. Maklumla, esokkan raya. Dah takde hati dah sebenarnya nak buat kerja.
Hati kecut nak jalan atas titi ni..maklumla dengan badan i yang tak berapa nak slim ni kan..x pasal-pasal tak beraya nanti karang.
Kat mana2 pun harusla berposing kan? hehehe..ni pun curi2 ambil gambar. Takut kantoi ngan Mr B..malu mak nanti nyahh..
Againnn..pose tepi sungai. Nasibla ada colleague yang rajin melayan. Ingatkan sekejap jer site visit ni....uwaaaa..ghopernya sampai ke petang mama kat sini. Jam 6 lebih baru sampai ofis. Musnah sudah impian nak balik kampung tengah hari ni. Jawabnya, malam gak la baru boleh bertolak balik. Doa2 janganla jalan jem..kalau tak beraya atas kereta jer la kami jawabnya.

Saturday, November 13, 2010

Fun Fair

Esok pg nenek dah nak berangkat balik kampung. Jadi sementara nenek masih kat sini, mama nak menggunakan peluang sebaik mungkin untuk bersama-sama dengan nenek. Makanya, pagi2 lagi mama dah ajak papa ke rumah maklong. Hari ni kami adik beradik berkumpul kat rumah maklong pulak. Kami melepak kat sana sampai malam...on da way balik ke puncak alam tu lalu depan fun fair. Papa plak dengan senang hati pusing kereta masuk ke tapak fun fair tu. 
Bila dah masuk sini alamaknya nak kena la main2 apa yang patut. Mula2 kami naik train..mula2 train tu slow jer..sekali makin laju...risau gak takut tercampak Rayyans yang dok kat atas riba mama ni. Mama ingat Rayyans takut bila train tu makin laju, rupanya depa bukan main seronok lagi. Bila dah habis pusing pun masih tak nak turun dari train tu. Kami survey gak beberapa permainan yang lain tapi tak berapa sesuai untuk baby. Sudahnya kami mengabiskan duit main tikam2...
Mama try main baling bola getah..sebelah tangan dukung anak..sebelah lagi baling bola getah tu. hadiah berdasarkan bola tu jatuh kat dalam gelang warna apa..setiap warna gelang tu ada markah tersendiri. Jadi markah2 tu nanti akan dicampur untuk mendapatkan jumlah keseluruhan markah. 
Ingatkan banyakla markah mama dapat..sekali bila redeem hadiah..dapatla bas ben 10 kaler hijau ni.
Papa pula try main baling dart kat belon. Setiap dart yang berjaya memecahkan belon ada markah dia. Mula2 tu mama tak confident ngan papa boleh baling sampai belon tu pecah memandangkan sebelah tangan nak kene dukung anak.
Tapi tak disangka-sangka, semua dart tu mengena (nampak tak ruang2 kosong kat kotak tu)...yeay..mesti dapat hadiah besar ni coz semua mengena..
Inila hadiah yang berjaya dikumpul..hadiah untuk dart tu cuma bantal tu jer. Bas Ben 10 biru tu hadiah yang mamat dapat bila main bola ping pong. Jadila, dapat sepasang bas Ben 10 tu..takdela berebut Rayyans nanti.
Habis juga la rm50 sepanjang dok kat sini...memang tak boleh stay lama2...rabak poket nanti. Rayyans pun dah tunjuk tanda2 mengantuk. 
Sebelum balik tu sempat lagi posing dengan patung2 besar kat sini (verangan nk dpt hadiah patung2 besar ni la). 

Papa Dah Balik

Finally after 1 week, papa dah habis kerja kat outstation. Rayyans bukan main gembira lagi bila nampak papa keluar dari kereta. Seronok sangat la tu. Hadif pulak tak henti2 jerit papa! papa! Budak lama kena tinggal camtu la gayanya. Papa turun dari kereta siap bawa berbonjot2 jeruk dan biskut tambun (kata pergi penang..harusla bwk balik bende2 tu semua).

Nenek pula pagi ahad ni dah nak bertolak balik kampung. Dah dekat dua minggu nenek kat sini, sian tok ayah dok sorang2 kat kampung. Jadi, sebelum balik nenek nak stay kat rumah maklong. Malam ni maklong datang jemput nenek...huhuhuh...tak dapat dah nak manja2 ngan bonda terchenta dah..

Friday, November 12, 2010

Happy Birthday Mr B

Hari ni birthday our beloved boss, Mr B. Sebagai staf yang baik dan prihatin, kami satu ofis arrange birthday celebration untuk Mr B. Dari pagi kami semua yang memang kaki makan ni dah berkira2 apa menu yang nak dibeli. So, kami decide untuk beli kek kat secret recipe n kfc. 
Bila dah lunch time kami jemputla Mr B untuk acara tiup lilin..sekali Mr B cakap...saya puasa la..erkkkk..hancuss semua plan..makanya, terpaksa kami yang tak puasa ni jadi wakil Mr B untuk tiup lilin dan potong kek..hehehhe. sori Mr B..tak sangka plak boss puasa hari ni. Tapi takpe, kami dah siap2 simpankan kek untuk Mr B berbuka petang nanti.
Tahun depan nampak gayanya tak boleh nak buat surprise party or watsoever. Nak kene tanya Mr B betul2 kalau nak buat makan2 cmni lg. Apapun, kami semua tetap enjoy makan kfc...