Wednesday, June 22, 2016

Popia Jejari Ketam Cheese

Gara2 terpengaruh dengan rakan sebaya, hari ni mama berjaya sediakan popia jejari ketam cheese. Kawan2 utm mama dok post gambar kat group wasap. Ish tak boleh tahan akhirnya mama buat jugak.

Nak buatnya senang sangat. Bahan yang kena ada kulit popia, jejari ketam, cheese dan telur untuk gamkan kulit popia selepas digulung. Mama guna parmesan cheese sebab tu jer yang ada kat umah. Tapi ok gak sebab nanti popia tu dah ada rasa masin dari parmesan cheese.

Dengan bantuan hadif, mama berjaya menggulung sebanyak 36 ketul popia. Separuh mama simpan. Frozenkan. Next time boleh terus goreng. Separuh lagi mama goreng untuk makan waktu buka nanti.

Popia ni kena goreng dekat2 waktu buka. Kalau goreng awal2 nanti sejuk liat nak makan. Time panas2 popia ni rangup. Rayyans suka betul dok ulang2 makan. Next time boleh buat lagi sebab senang. Plus anak2 pun suka makan sebab dalam popia takde sayur.

No comments:

Post a Comment