Selamat hari bapa buat papa kesayangan kami. Mama syukur sangat dikurniakan seorang suami yang memahami dan rajin tolong mama buat kerja rumah.
Walaupun papa jenis yang tegas dengan anak2, mama tau itu semua untuk kebaikan diorang. Semoga dengan ketegasan papa, anak2 dapat membesar menjadi seorang yang berguna.
Berbalik kepada cerita ramadhan. Hari ni kami berbuka di hotel premiere klang. Berbuka puasa sambil celebrate hari bapa.
Masa ni baru start amik makanan. Angah dan dayah belum sampai lagi. Meja masih ada ruang kosong. Once semua orang dah sampai, penuh food satu meja.
Tu dia penuh makanan atas meja. Maklumlah ada 12 tekak, 12 selera yang berlainan. Sorang amik serba sikit makanan bila dikumpulkan macam nak kenduri dah.
Antara yang menarik perhatian adalah sambal udang galah. Besar2 udangnya.
Yang ni plak kari kepala ikan salmon. First time makan kepala ikan salmon. Sedap jugak rasanya.
Menu feveret di bulan ramadhan. Boleh kata setiap hotel ada served kambing golek.
Sup rawan iaitu sup daging rusa. Makan cicah roti. Rupa sekali tengok macam stew.
Antara menu yang disajikan. Yang ni bahagian salad dan raw material. Geram tengok udang tu. Kopek kulit, perah lemon makan cicah sos thousand island.
Isi ikan salmon. Mama tak pandai sangat nak makan food yang nampak macam tak masak ni. Sesapa yang suka jappanese food mesti suka makan.
Laksa belut. Banyak gak menu eksotik kat sini. Tapi mama tak try pun sebab tak biasa makan belut. Takut tak boleh nak telan.
Cucu sulung papa, wahab namanya. Umur baru masuk 4 bulan. Wahab ni anak angah. Kenmain gebu badan wahab. Boleh lawan ngan uncle hafiy.
Alhamdulillah rezeki berbuka kat hotel hari ni. Makanan pun semuanya sedap2. Yang penting dapat berkumpul satu keluarga. To papa, happy fathers day. Teruskan menjadi papa yang hebat buat kami.
No comments:
Post a Comment