Wah tak sampai seminggu jer lagi nak raya. Mood raya makin terasa. Kat puncak alam berdentam dentum bunyi mercun. Itu menandakan raya dah dekat.
Hari ni mama bz packing baju jadi tak sempat nak masak juadah berbuka. Kami beli jer kat param. Tu pun takde mood nak membeli sangat. Just beli nasi kak wook jer. Nasib baik sedap.
Mama kalau packing memang takes time. Ye la mana nak pikir baju anak2, baju papa dan baju mama. Baju raya satu beg, baju harian lagi, baju tidur lagi. Ish banyak benda nak kena arrange ni.
Maklumlah balik kampung 10 hari jadi baju pun banyak la kena bawa. Mama bukan apa, takut tak sempat nak basuh baju kat kampung nanti. Jadi kena prepare baju secukupnya especially baju anak2.
Diorang semua tengah lasak jadi baju confirm cepat kotor. 2 pasang sehari tu confirm la. Pastu kena prepare baju spare plak kot ada yang termuntah ke apa. Mama kira2 3 beg baju jugakla.
No comments:
Post a Comment