Hari ni mama cuti sempena hari nuzul quran. Pagi tadi keluar gi jusco cari baju raya untuk mama plak. Kelengkapan raya untuk papa n the boys dah setel sebelum puasa lagi. Now turn untuk cari barang mama plak.
After shopping terus balik rumah. Mama dah tak larat nak pusing mall puasa2 ni. Pukul 2 baru kami sampai rumah. Rehat2 lepak2 kejap terus masuk dapur siapkan juadah berbuka. Menu hari ni siakap sambal, lala masak serai, sayur campur, mee goreng dan popia ketam bercheese.
Siakap masak sambal hijau. Mama guna cili api yang kaler hijau tu. Fuh, berdesing telinga makan pedas.
Lala tumis air dengan serai. Senang sangat masak ni. Pejam mata pun boleh buat. Rebus lala, campak serai 2,3 batang dan masuk garam. Biar mendidih kejap then bolehlah tutup api.
Sayur campur pelengkap hidangan. Perasan tak bekas kaca yang mama letak sayur ngan lala ni. Actually ni bekas promotion kat giant tu. Kumpul setem promotion pastu boleh redeem mangkuk dengan harga lebih murah. Mama baru ada dua ketul mangkuk. Sekarang tengah kumpul setem nak tambah koleksi mangkuk ni.
Popia ketam bercheese gara2 terpengaruh dengan rakan sebaya. Kawan2 mama kat utm asyik dok upload gambar popia ni. Ish tak boleh tahan, maka hari ni terjadilah jugak popia ketam bercheese. Not bad rasa. Kalau makan time panas lagi best sebab rangup.
Tetiba mama teringin nak makan mee goreng. Goreng bodoh2 jer. Just letak ayam. Takde bahan2 penyeri yang lain. Tapi mee goreng bodoh ni la jadi kesukaan rayyans. Bertambah2 diorang makan.
Kat jusco tadi sempat sambar sushi. Kes teringin gak ni. Layan sushi after papa balik terawih. Kira cam supper la. Layan momen2 berdua ngan papa sebab anak2 semua dah tidur.
No comments:
Post a Comment