Sudah hari ke sepuluh kita berpuasa. Hari ni mama sempat masak. Sebab hari ni mama dok kat site jer. Jadi balik jalan tak jem sebab tak masuk kl.
Menu yang sempat dimasak adalah sup tulang, daging goreng kunyit dan ikan goreng kicap. Plan nak buat buah melaka tapi tak sempat nak menggentel. Jadinya takdela pencuci mulut malam ni.
Sup tulang ni papa yang request suh mama masak. Pap beli tulang gearbox kambing biri2. Tapi takde bau kambing langsung.
Daging goreng kunyit old time feveret mama. Just rebus dengan air, garam dan kunyit. Bila air dah kering masukkan minyak, bawang, cili padi dan lobak merah. Goreng sampai garing. Memang sesuai diduetkan dengan sup tulang.
Ikan goreng kicap plak untuk rayyans. Diorang ni kalau ada lauk kicap memang laju la makan. Lauk ni merangkap lauk lunch diorang esok. Rayyans cuma puasa sekerat hari. Kat sekolah tak makan sebab kantin tutup. Balik rumah tengahari menggelupur buka periuk nasi.
No comments:
Post a Comment